Pullman Putrajaya Lakeside - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 10 March 2016

Pullman Putrajaya Lakeside

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Dua minggu lepas kami sekeluarga bercuti ke Putrajaya. Cie la nak sangat pergi Eco Majestic Semenyih tu. Encik suami memang layankan je kehendak puan isteri dia ni. Hihi. Tapi tak tau nak check in mana. Teringin nak check in Pullman Putrajaya Lakeside terus la gigih survey yang mana harga mampu bayar. Hihihi.

pullman putrajaya lakeside
pintu masuk ke lobi



Terjumpa la masa scroll kat facebook Expedia yang paling murah tapi kena book via mobile sahaja. So terus la book dan terus bayar je. Tau tak Cie just bayar hanya RM236 .60 sahaja untuk Superior room two single bed with breakfast. Harga sebenar bilik tu RM300++. Jimat sangat kan. Nak merasa punya pasal. Hihi. Lagipun tak duduk dalam bilik sangat so ambil yang murah je baru berbaloi.

Serius memang best stay kat Pullman Putrajaya Lakeside ni. Interior design hotel sangat unik dan menarik. Bilik yang kami duduk tu pun sangat selesa. Banyak kemudahan yang ada. Iron dan iron board pun ada kat setiap bilik. So mudah la kan. Kemudahan lain tu sama jela macam biasa. Kami menginap di Jasmine Wing. Nama-nama bangunan semua nama bunga. Lotus Wing, Rafflesia Wing, Bunga Tanjung Wing.

Kemudahan seperti pool, gym, kids club, spa, wii room, games room, jogging and bicycle track, karaoke lounge dan banyak lagi la. Kalau stay lama baru sempat nak gunakan semua kemudahan.

Breakfast di Bunga Tanjung Restaurant yang terletak di Bunga Tanjung Wing. Memang syok breakfast kat situ. I rasa macam nak makan sampai buffet close. Haha. Semua rasa nak makan la. Yang sempat makan chicken congee, dim sum, omelette, muffin, hash brown, air pulak jus mangga yang dalam botol tapi tak syok botol tu tak boleh bawak balik. Botol comel pulak tu.

Tak sempat nak bawak anak-anak mandi pool masa tu matahari dah menegak memang panas sangat la kalau nak mandi. Nak melepak tepi pool pun memang tak sanggup panas terik. So kami decide jalan-jalan je sekitar hotel sambil berposing jela.

Pukul 12 check out dan terus ke Semenyih. Insyaallah ada rezeki nak repeat lagi stay at Pullman Putrajaya Lakeside. Service sangat tiptop dari fasiliti hingga la semua staff sangat friendly. Kalau nak tengok gambar lain boleh tengok kat facebook ye malas nak upload sini so boleh klik link ini Pullman Putrajaya Lakeside.


No comments:

Post a Comment