Hari-hari Menu Masak Kicap
Ada waktunya bila masuk ke dapur, memang terasa buntu nak masak apa. Bagi yang sibuk dengan kerja seharian atau penat melayan urusan rumah tangga, menu paling mudah dan cepat ialah masak kicap. Dah malas nak fikir menu yang rumit.
Walaupun hari‑hari masak kicap ianya menu yang tidak menjemukan dan menjadi kegemaran seisi keluarga. Tapi kena la variasikan menu kicap tu.
Semalam Cie masak daging kicap dan hari ni pulak Cie masak ayam goreng kicap. Jadi la menu hari-hari masak kicap. Esok tak la dah kot. Ni pun sebab malas nak fikir menu lain dah. Semalam daging, hari ni ayam so ok la variasi masak kicap Cie ni.
Kenapa Masak Kicap Jadi Pilihan Ramai?
Masak kicap memang pilihan popular bagi kebanyakan rumah di seluruh Malaysia. Ada beberapa sebab mengapa ia sangat digemari:
- Mudah dan pantas: Hanya memerlukan beberapa bahan asas yang memang sedia ada di dapur.
- Sesuai dengan pelbagai bahan: Ayam, daging, ikan, telur, tauhu dan sayur-sayuran semuanya sesuai dimasak kicap.
- Rasa yang menyelerakan: Kemanisan kicap, bila digabungkan dengan bahan lain, memberikan aroma dan citarasa yang memikat.
- Ekonomi: Tak perlu bahan yang mahal, tetapi rasanya tetap istimewa.
Memang tak hairan la kalau menu masak kicap ni menjadi pilihan masakan setiap isi rumah. Lagi-lagi kalau ada anak kecil memang sesuai sangat menu kicap ni. Macam husband Cie kalau masak menu lain pun dia renjis kicap jugak kat nasi. Memang wajib ada kicap kat rumah.
Kat rumah Cie ada kicap manis, kicap masin je. Kicap pekat takde sebab tak guna sangat pun. Kicap masin tu pun Cie guna untuk letak kat cili potong je. Lepas tu buat apa entah hari tu kena guna kicap masin tu yang beli sebotol.
Masak daging kicap Cie letak bawang putih, bawang besar dan halia. Letak kicap, sos tiram dan sos cili. Ayam goreng kicap pulak bahan sama je cuma tadi lupa letak halia. Ayam tu goreng garing dulu.
Semalam menu daging kicap, sayur bayam tumis, ayam goreng tepung dan sambal tempoyak. Daging korban yang last ada dalam freezer tu. Habiskan jela terus. Simpan lama pun tak sedap.
Hari ni pulak ayam goreng kicap, ulam timun, bendi celur dan budu. Masak simple macam ni pun dah cukup dah. Menu ayam memang sentiasa ada kat rumah ni. Tu terkadang kering idea taktau nak masak apa.
Esok takdela dah menu kicap. Hihi. Kalau malas sangat telur kicap pun sedap kan. Boleh jadi jugak ni. Stok sambal hitam pun ada lagi. Lepas tu buat ulam timun. Padu jugak menu ni. Jadi la menu kicap setiap hari yang jarang-jarang berlaku ni.
Budak2 kecik pun suka sebab tak pedas
BalasPadamMasak kicap mudah dan sedap. Saya gunakan kicap cap kipas udang. Tak payah bubuh perasa lain dah. Lemak manis masin semua cukup. Tambah asam keping jew.
BalasPadamMasakan berkicap jarang mengecewakan. Paling basic telur kicap. Kalau ayam kicap dan daging kicap tu rasa lemak manis kicap tambah cili belah dua sekali. Fuhhh berselera makan. Boleh jadi jugak tu telur masak kicap. Senang dan sedap.
BalasPadamkalau tak semapt nak masak memang menu ni jadi pilihan
BalasPadamMemang favorite masak kicap ni. Simple dan cukup semua rasa...
BalasPadamsenang keje masak kicap ni.. tambah2 kalo telur masak kicap dgn cili potong mcm KA buat tu fuhhhhhhh
BalasPadamKicap pun favorite, kena ada stok. Senang makan, masak dengan kicap ni.
BalasPadamMenu mudah dan sedap! Anything with kicap semuanya sedap ðŸ¤
BalasPadamKat rumah kami laris masak kicap. Buat la ayam ke ikan atau telur. Cepat je abis
BalasPadamSemua nmpk sedap =)
BalasPadamMudah dan sedap tu Cie.
BalasPadamMasa husband akak rajin masak dia suka sangat masak kicap. Time PKP. Jenis simple gitu lah, bahan pun tak banyak.
Kalau akak suka masak kicap yang bubuh rempah sikit macam lada putih dan 3 sekawan.
Masak kicap senang budak2 ngan makpak budak boleh mkn...
BalasPadamKicap ni wajib ada dekat rumah Akk. Suami suka makan nasi dgn kicap :)
BalasPadamTapi menu masak kicap ni tak pernah tak jemu kan....gu dgn nasi panas mmg umph!