Ada waktunya bila masuk ke dapur, memang terasa buntu nak masak apa. Bagi yang sibuk dengan kerja seharian atau penat melayan urusan rumah tangga, menu paling mudah dan cepat ialah masak kicap. Dah malas nak fikir menu yang rumit.

Walaupun hari‑hari masak kicap ianya menu yang tidak menjemukan dan menjadi kegemaran seisi keluarga. Tapi kena la variasikan menu kicap tu.

Hari-hari Menu Masak Kicap

Semalam Cie masak daging kicap dan hari ni pulak Cie masak ayam goreng kicap. Jadi la menu hari-hari masak kicap. Esok tak la dah kot. Ni pun sebab malas nak fikir menu lain dah. Semalam daging, hari ni ayam so ok la variasi masak kicap Cie ni.

Kenapa Masak Kicap Jadi Pilihan Ramai?


Masak kicap memang pilihan popular bagi kebanyakan rumah di seluruh Malaysia. Ada beberapa sebab mengapa ia sangat digemari:

  • Mudah dan pantas: Hanya memerlukan beberapa bahan asas yang memang sedia ada di dapur.
  • Sesuai dengan pelbagai bahan: Ayam, daging, ikan, telur, tauhu dan sayur-sayuran semuanya sesuai dimasak kicap.
  • Rasa yang menyelerakan: Kemanisan kicap, bila digabungkan dengan bahan lain, memberikan aroma dan citarasa yang memikat.
  • Ekonomi: Tak perlu bahan yang mahal, tetapi rasanya tetap istimewa.

Memang tak hairan la kalau menu masak kicap ni menjadi pilihan masakan setiap isi rumah. Lagi-lagi kalau ada anak kecil memang sesuai sangat menu kicap ni. Macam husband Cie kalau masak menu lain pun dia renjis kicap jugak kat nasi. Memang wajib ada kicap kat rumah.

Kat rumah Cie ada kicap manis, kicap masin je. Kicap pekat takde sebab tak guna sangat pun. Kicap masin tu pun Cie guna untuk letak kat cili potong je. Lepas tu buat apa entah hari tu kena guna kicap masin tu yang beli sebotol.

Masak daging kicap Cie letak bawang putih, bawang besar dan halia. Letak kicap, sos tiram dan sos cili. Ayam goreng kicap pulak bahan sama je cuma tadi lupa letak halia. Ayam tu goreng garing dulu. 

Hari-hari Menu Masak Kicap

Hari-hari Menu Masak Kicap

Semalam menu daging kicap, sayur bayam tumis, ayam goreng tepung dan sambal tempoyak. Daging korban yang last ada dalam freezer tu. Habiskan jela terus. Simpan lama pun tak sedap.

Hari-hari Menu Masak Kicap

Hari ni pulak ayam goreng kicap, ulam timun, bendi celur dan budu. Masak simple macam ni pun dah cukup dah. Menu ayam memang sentiasa ada kat rumah ni. Tu terkadang kering idea taktau nak masak apa.

Hari-hari Menu Masak Kicap

Esok takdela dah menu kicap. Hihi. Kalau malas sangat telur kicap pun sedap kan. Boleh jadi jugak ni. Stok sambal hitam pun ada lagi. Lepas tu buat ulam timun. Padu jugak menu ni. Jadi la menu kicap setiap hari yang jarang-jarang berlaku ni.