Iced Caramel Latte Guna Moccona Coffee

Sejak beli moccona coffee kat Shopee ni memang Cie dah tak singgah 7E Cafe beli iced latte atau caramel latte untuk minum kat office. Cie pun dah beli caramel syrup kat Shopee. Dah jadi barista kat rumah je. 

Cie beli: 
Moccona Coffee no. 10 di BabyWhaleHome
Caramel Syrup brand Mont di Online Mart Penang

Susu tu macam-macam brand dah try. Yang terbaru ni Cie guna Magnolia fresh milk. So far Magnolia ni sedap ngam je buat Iced Caramel Latte. 


Cie pakai juga yang Handheld Frother tu. Cie pun lupa dah bila beli tu. Masih berfungsi dengan baik. So boleh la guna buat coffee untuk bagi sedikit berbuih. 


Cie masukkan dalam 1-2 sudu Moccona dalam sedikit air suam atau air panas. Hari tu kan Cie baca kat Threads cakap kalau bancuh air panas akan jadi masam. So far ok je coffee Cie tak pernah la kena masam tu. 

Cie guna Handheld Frother untuk jadikan coffee berbuih. Lepas tu tuang je susu. Cie buat terus je dalam tumbler. Akhir sekali masukkan 2 pump caramel syrup dan ais. 


Tak berbuih pun takpe saja je tu nak bagi nampak macam barista. Hahahah. Setiap pagi gigih la buat coffee dulu sebelum pergi kerja. Ada masa selang seli juga minum green tea kat office. IF dalam 13-14 jam je. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Perghhh..Nice giler.Ini yg buat sy nk beli jgk ni..Thx bg link...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.