Pes Asam Pedas Kak Zaidah

Belum habis lagi review pes masakan Kak Zaidah ni. Kali ni Cie guna pes asam pedas pulak. Plan asal nak masak asam pedas tapi cili kering blend dah habis. Biasa ada je stok dalam freezer. 



Teringat yang pes asam pedas Kak Zaidah ada sepeket. Cie pun guna jela. Cuma tambah bahan lain je. Kat peket tu ada tulis kena tambah minyak untuk tumis tu. Cie tak tambah dah sebab pes tu pun dah ada minyak. 

Cuma tambah asam jawa dan bahan perasa je. Bagi Cie pes tu kurang rasa. Bila tambah asam jawa sikit baru la ada rasa asam pedas. Bahan lain Cie tambah daun kesum, bunga kantan, tomato dan bendi. Cie buat asam pedas ayam. 


Kalau ada pes begini mudah la tak payah renyah nak blend cili kering, nak menumis sampai masak cili tu. Yang ni tinggal tambah air dan bahan-bahan je dah ready untuk dimakan. 

Memudahkan la yang tak pandai masak, yang nak cepat, yang malas nak masak tapi kena jugak masak. Hihi. 


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Pes macam ni sesuai untuk KSarie yang terpleot bab memasak ni. Cantik kejadian asam pedas ni ni. Meriah dengan bahan

    BalasPadam
  2. Ehhh kita dah beli juga tapi tak guna lagi.. tunggu waktu emergency baru nak guna hehehe.. sedap ea... okayy nanti try laaaa

    BalasPadam
  3. Pes macam ni bagus kan. Memudahkan urusan, especially utk org yg tak berapa mahir masak mcm ily.. hihihi.

    BalasPadam
  4. pes2 sebegini mmg byk membantu sbnr esp mak2 yg bekerja tp masih perlu masak utk keluarga... dan plg penting kite tau nk ejas ikut selera

    BalasPadam
  5. Mudah ada pes.. Tk pernah masak menu asam pedas, selalu MIL yg expert masak asam pedas

    BalasPadam
  6. Nampak sedap asam pedas ayam, dari sehari ke sehari nak cuba masak pun tak buat². Pek asam pedas memang memudahkan urusan harian kita. Saya biasa guna Adabi punya

    BalasPadam
  7. Nampak sedap asam pedas ayam, dari sehari ke sehari nak cuba masak pun tak buat². Pek asam pedas memang memudahkan urusan harian kita. Saya biasa guna Adabi punya

    BalasPadam
  8. Makin naiklah aroma asam pedas tu bila tambah daun kesum & bunga kantan tu. Sedapnya!

    BalasPadam
  9. Saya juga suka yg begini. Dan bagus juga kalau rasa agak kurang , Krn bisa kita tambah sendiri. Drpd keasinan, saya better agak kurang rasa. Keasinan susah nak modify 😂.

    BalasPadam
  10. pes segera mcm ni memudahkan kerja memasak terutama sekali bila kita berada di luar negeri..

    BalasPadam
  11. Warnanya macam tak merah sangat ye. Saya suka asam pedas warna merah mcm sambal hehe. Setakat ni belum jumpa lagi pes asam pedas yg betul2 legit rasa asam pedas pekat masam secukupnya. Jadi kalau nak buat asam pedas mmg saya sanggup tumis sendiri walaupun ambik masa di dapur

    BalasPadam
  12. Tepuk dada tanyakan selera! Tang part "malas nak masak tapi kena jugak masak" tu Ejulz paling setuju sekali, relate sangat! 😂 Bila ada pes Kak Zaidah ni terus settle masalah dapur. Asam pedas ayam dengan bendi pulak tu, memang bertambah la nasi hari ni.

    BalasPadam
  13. Nampak sedap la asam pedas ni...ada pes macam ni settle masalah kat dapur..yg malas terus jadi rajin

    BalasPadam
  14. Sedapnya asam pedas ayam! Memang bijak adjust perasa dan tambah bunga kantan/daun kesum.

    BalasPadam
  15. Mujur jugalah Cie ada beli pes asam pedas kan. Guna tepat pada masanya. Cepat kerja masak tak perlu beria nak menumis sangat. Masuk itu ini dah siap boleh terus hidang je.

    BalasPadam
  16. Hehe saya terfikir beli pes juga daripada buat daripada mula sebab selalu rasa mesti ada kurang rasa. Hehe jadi pes Zaidah tidak sempurna juga ya sebab kena letak air asam jawa.

    BalasPadam
  17. Memang senang masak guna pes ni, mudahkan kerja di dapur. Lama pula tak masak asam pedas.

    BalasPadam
  18. Pes masakan macamni banyak membantu di dapur. Kita adjust2 rasa je sampai sesuai dgn selera

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.