Menu Dinner 10 Ogos - 15 Ogos 2026

Sepanjang minggu 10 Ogos hingga 15 Ogos setiap hari Cie masak. Nak kata rajin tu takdela sangat cuma kalau tak masak nak beli pun taktau nak makan apa. Jadi baik la masak je. 


10 Ogos 2026

Hari Isnin dimulakan dengan menu tomyam ayam. Kalau ada tomyam, mesti kena ada telur dadar juga sebagai pelengkap hidangan. 


Dalam tomyam dah ada bunga kobis dan tomato ceri, so sayur potong timun je buat ulam. Ada sambal belacan leftover nasi kukus simpan dalam fridge. Buah epal merah dan asam boi. 


11 Ogos 2026

Ikan tilapia tu Faiz beli minggu sebelum tu tak sempat masak lagi tu yang masak 11 Ogos. Cie bakar je ikan tu. 


Ikan bakar takde kuah, Cie buat telur mata kicap. Goreng dengan bawang putih dan bawang besar, letak kicap. 

Sayur pulak Cie celur pucuk ubi dan bendi. Buat budu letak cili padi, bawang besar untuk cicah sayur celur tu. Perah limau sikit. Pucuk ubi tu Kak Ngah bagi masa Cie balik kampung. Sedap lama tak makan pucuk ubi. 


12 Ogos 2026

Nak masak asam pedas, buka fridge stok cili kering blend dah habis. Baru teringat pes asam pedas Kak Zaidah ada lagi Cie beli sepeket masa lawatan tu. Senang kerja guna pes je. 


Cuma Cie tambah air asam jawa dan serbuk perencah cukup rasa sikit. Baru ada rasa asam pedas. Dalam asam pedas ada bendi, kantan, daun kesum dan tomato ceri. 

Tambahan hidangan Cie buat telur dadar, ikan masin goreng, peria goreng tepung bestari dan ulam timun. Peria tu kalau celup tepung bestari tak pahit sangat dan anak-anak pun makan. 


13 Ogos 2026

Cie masak siakap steam je untuk dinner hari Khamis. Buat masam-masam, letak bawang putih banyak-banyak dan cili padi cincang. Daun ketumbar kena ada baru sedap. 


Menu tambahan Cie buat telur bungkus. Isi ayam cincang Ramly Cie tumis dengan bawang putih cincang, bawang besar cincang, sos plum dan sos cili. 

Takde sayur bermasak, ulam timun dan sambal belacan je. Senang jimat masa penyediaan sayur. 


14 Ogos 2026

Dah penghujung minggu memang takde idea dah nak masak apa. Cie buat ayam masak lemak tempoyak pucuk ubi. Pertama kali masak lemak letak tempoyak. Ok la sedap juga. Pucuk ubi tu kena celur dulu baru masuk dalam kuah. 


Dah terbiasa masak 2 jenis lauk, buat la juga telur dadar. Stok sambal pun masih ada. Sambal penyet bilis Kak Zaidah, sambal ikan masin Kak Zaidah dan juga sambal hitam Cie. Ulam timun dan buah tembikai susu asam boi. 


15 Ogos 2026

Mulanya malas dah masak sebab tak sihat. Tapi bangun jugak la masak. Tekak tak sedap terasa nak makan sup masam-masam. Cie buat sup ayam kentang, telur dadar, timun dan buah tembikai susu asamboi. Nak makan baru tabur asamboi. 


Makan nasi kuah sup banjir memang surrrrr sangat la. Cie buat masam-masam. Makan juga dengan sambal hitam. Memang sedap. 


Habis dah perkongsian menu Cie sepanjang minggu lepas. Semoga dapat la memberi idea untuk masak apa. Hari-hari masak memang kering idea. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. makan sup kuah banjir mmg sedap...lama tk mkn epal cicah asamboi

    BalasPadam
  2. Sedapnya menu comfort food sup ayam kentang & tembikai susu asamboi. Masam-masam pedas, wangi daun ketumbar & banyak bawang putih memang paling ngam rasa untuk siakap steam. Kecur liur terus.

    BalasPadam
  3. Ye, kadang beli pun tak tahu nak makan apa kan. masak simple-simple pun okay dah. Ada lauk utama dan sayur/ulam pun dah cukup.

    BalasPadam
  4. Menu wajib ke tu telur dadar
    Semuaaa nmpk sedap cie nak lg asa ulam timun
    Lg terjamin bersih masak sendiri

    BalasPadam
  5. Best menu dinner Cie. Yg penting ada timun + telur dadar. Memang susah nak cari idea nak masak apa hari², sebab tu sehari awal si bujang dah tanya menu untuk dia masak keesokan harinya

    BalasPadam
  6. Hai telur mata kicap! Itu feveret uncle tu!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.