Pes Asam Pedas Kak Zaidah

Belum habis lagi review pes masakan Kak Zaidah ni. Kali ni Cie guna pes asam pedas pulak. Plan asal nak masak asam pedas tapi cili kering blend dah habis. Biasa ada je stok dalam freezer. 



Teringat yang pes asam pedas Kak Zaidah ada sepeket. Cie pun guna jela. Cuma tambah bahan lain je. Kat peket tu ada tulis kena tambah minyak untuk tumis tu. Cie tak tambah dah sebab pes tu pun dah ada minyak. 

Cuma tambah asam jawa dan bahan perasa je. Bagi Cie pes tu kurang rasa. Bila tambah asam jawa sikit baru la ada rasa asam pedas. Bahan lain Cie tambah daun kesum, bunga kantan, tomato dan bendi. Cie buat asam pedas ayam. 


Kalau ada pes begini mudah la tak payah renyah nak blend cili kering, nak menumis sampai masak cili tu. Yang ni tinggal tambah air dan bahan-bahan je dah ready untuk dimakan. 

Memudahkan la yang tak pandai masak, yang nak cepat, yang malas nak masak tapi kena jugak masak. Hihi. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Pes macam ni sesuai untuk KSarie yang terpleot bab memasak ni. Cantik kejadian asam pedas ni ni. Meriah dengan bahan

    BalasPadam
  2. Ehhh kita dah beli juga tapi tak guna lagi.. tunggu waktu emergency baru nak guna hehehe.. sedap ea... okayy nanti try laaaa

    BalasPadam
  3. Pes macam ni bagus kan. Memudahkan urusan, especially utk org yg tak berapa mahir masak mcm ily.. hihihi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.