Iced Caramel Latte Guna Moccona Coffee

Sejak beli moccona coffee kat Shopee ni memang Cie dah tak singgah 7E Cafe beli iced latte atau caramel latte untuk minum kat office. Cie pun dah beli caramel syrup kat Shopee. Dah jadi barista kat rumah je. 

Cie beli: 
Moccona Coffee no. 10 di BabyWhaleHome
Caramel Syrup brand Mont di Online Mart Penang

Susu tu macam-macam brand dah try. Yang terbaru ni Cie guna Magnolia fresh milk. So far Magnolia ni sedap ngam je buat Iced Caramel Latte. 


Cie pakai juga yang Handheld Frother tu. Cie pun lupa dah bila beli tu. Masih berfungsi dengan baik. So boleh la guna buat coffee untuk bagi sedikit berbuih. 


Cie masukkan dalam 1-2 sudu Moccona dalam sedikit air suam atau air panas. Hari tu kan Cie baca kat Threads cakap kalau bancuh air panas akan jadi masam. So far ok je coffee Cie tak pernah la kena masam tu. 

Cie guna Handheld Frother untuk jadikan coffee berbuih. Lepas tu tuang je susu. Cie buat terus je dalam tumbler. Akhir sekali masukkan 2 pump caramel syrup dan ais. 


Tak berbuih pun takpe saja je tu nak bagi nampak macam barista. Hahahah. Setiap pagi gigih la buat coffee dulu sebelum pergi kerja. Ada masa selang seli juga minum green tea kat office. IF dalam 13-14 jam je. 


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Perghhh..Nice giler.Ini yg buat sy nk beli jgk ni..Thx bg link...

    BalasPadam
  2. Susu magnolia ni best sebab fresh milk..the only ingredient fresh milk...dekat 99 speed mart murah 3 kotak besar tu baru RM11.00++

    BalasPadam
  3. Nak cari kopi bubuk tanpa ampas macam ini juga. Kalau di sini kebanyakan Nescafe. Tak suka Krn Nescafe guna Robusta. Sementara saya lebih suka Arabica. Handheld Frother teringin beli juga 😍😄

    BalasPadam
  4. wah menarik. jimat banyak ni. thanks cie, nak cari juga la.boleh buat sendiri kat rumah

    BalasPadam
  5. Banyak penjimatan ni, Cie. Kita buat coffee hot jer hari², nanti nak buatlah kopi sejuk².

    BalasPadam
  6. nanti dah pindh perak boleh buat ni.. hihihi..
    kita pun memang lagi suka bancuh sendiri je benarnya

    BalasPadam
  7. Mak mertua Ai suka betul Moccona Coffee ni. Dulu susah nak cari.

    BalasPadam
  8. Homemade iced caramel latte guna Moccona No 10 dengan Magnolia fresh milk tu memang padanan perfection! Penjimatan poket pun mantap. Lepas ni boleh explore recipes coffee lain pulak. Selalu green tea tu minum plain ke campur lemon?

    BalasPadam
  9. dh gaya kt cafe hisper tu...buat sdiri puas minum

    BalasPadam
  10. Adik saya suka Moccona ini. Dia guna blender air. Satu kegigihan juga.
    Macam saya pula suka beli kopi 3 dalam 1, bancuh air panas.

    BalasPadam
  11. Cie dah pencen jadi duta 7E dah ye. hihi..Boleh jimat banyak ni dah jadi barista kat rumah. Anytime je boleh mengopi.

    BalasPadam
  12. Ni bagus bagi mereka yg suka ngopi pagi², boleh bancuh sejuk @ panas.. ikut sesuai masing-masing. Klu teringin jugak, nnti saya checkout kat link yg diberi. Thx Cie for sharing

    BalasPadam
  13. Puashati buat sendiri gini kan Cie. Sedap dan jimat

    BalasPadam
  14. Lepas ni takyah la keluar ngopi2....

    BalasPadam
  15. Bagus jugak buat kopi iced caramel latte sendiri ni, boleh jimat duit. Tapi nnt hari2 pulak nak buat kopinya 😜.

    Teringat zaman PKP dulu, hari2 buat dalgona coffee sbb rindu nak minum kopi starbucks. Saya rasa tu la yg trigger saya dapat kencing manis dgn GERD smp skrg 😅

    BalasPadam
  16. Wahhhh rajin betul Cie. Dapat menikmati kopi yang sama sambil jimat duit. Ahhh bila ye KSarie nak mula IF segala ni.

    BalasPadam
  17. Ramai juga share idea gini, tapi aduii tak rajin pulakk kita.. tapi menarik pulakkkkk

    BalasPadam
  18. Wah... buih2 tu dah macam creme crown. Jimat banyak sebenarnya kan kalau buat sendiri. Tapi tulah, kadang2 mengada juga tekak ni, nak juga yang kedai punya.. Haishh..

    BalasPadam
  19. Syrap Mont tu biasa nampak barista guna.

    BalasPadam
  20. boleh jual.kat tempat keje ni bomemade latte secawan RM5 jewww😁

    BalasPadam
  21. dekat thread pun ramai yang share moccona sesuai dengan magnolia fresh milk ni. nanti nak try jugak lah

    BalasPadam
  22. Kat office Kak SA dah ramai yang minum Moccona ni...akak je tak terjebak algi

    BalasPadam
  23. Handheld frother tu teringat zaman2 viral buat dalgona. Setiap rumah tu mcm wajib adalah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.