0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Mood raya lagi ke u ols? I ols dah bekerja dah pun tapi mood makan kuih raya masih ada. Siap bawak bekal kat office. Hihi.

Raya tahun ni giliran kampung i. Walaupun kampung laki bini 15 minit je dah sampai tapi tetap kena ikut giliran. Baru lah adil dan saksama kan.

Sepatutnya tahun ni semua ada balik rumah ayah. Cuma kakak nombor 4 je beraya kat rumah dia sendiri kat Penang. Anak dia tak cuti so dia tak dapat balik la. Kakak nombor 7 petang raya baru sampai, kakak nombor 2 beraya kat kampung suami dia dulu kat Negeri Sembilan. Kami ada 8 beradik yang lain semua beraya dengan ayah dulu.

Menu pagi raya tak la meriah sangat. Ketupat palas, nasi impit, rendang daging hitam, kuah kacang semua ni kakak-kakak i buat. Lemang ada orang bagi dan ayah beli. Punya la malas. Dulu-dulu tiap kali raya macam-macam nasi i masak. Nasi minyak, nasi udang, nasi daging, nasi carrot semua jenis ada. Tahun ni raya kedua baru la tiba-tiba kerajinan melanda masak la nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar timun sebelum gerak balik rumah mertua.

Jalan raya pun tak banyak rumah rajin nak berjalan. Cuaca panas terik memang kurang rajin la nak keluar rumah. Raya kedua dan ketiga beraya dengan keluarga mertua pulak. Raya keempat baru balik rumah.

Raya pertama tema biru. Yang ni paling ok. Yang lain anak-anak kurang bagi kerjasama. Huhu

Raya kedua 3 beranak je tema purple. Anak-anak je baju baru. Ibu pakai baju APC hari tu. Babah pulak baju bezaman dulu. Jimat tak payah beli baju baru.

Raya ketiga. Beraya ke rumah saudara mara babah. Tak ada baju baru dah. Pakai je baju lama. Hihi.

Gambar raya sekeluarga pun tak ada yang sejuk mata memandang. Anak-anak taknak bagi kerjasama kat ibu. Haha.

Post a Comment Blogger

 
Top