Salam Maal Hijrah 1439 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 22 September 2017

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Salam Maal Hijrah 1439 Cie ucapkan kepada semua umat Islam. Hari ni semua cuti kan? So boleh manfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah sambil kita menyelami erti Maal Hijrah yang sebenar.



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang sangat penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku  pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun tahun Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Kalau masih ingat zaman kecil-kecil dulu ada pertandingan nasyid antara sekolah sempena Maal Hijrah. Ingat lagi lagu yang kami nyanyikan cuma tak pernah menang jela. Hahaha.

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kau muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk keagungan

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Rasa betul dah lirik ni. Ingat-ingat lupa. Yela almost 21 tahun. Lama dah kan.

1 comment:

  1. Salam Maal Hijrah ya...moga aura perjuangan hijrah Rasulullah SAW kita tauladani..

    ReplyDelete