Ayam Panggang Noxxa - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 11 March 2018

Ayam Panggang Noxxa

RESEPI AYAM PANGGANG NOXXA

Weekend kalau tak berjalan memerap je kat rumah, maka ada jela menu yang nak dimasak. Memandangkan periuk noxxa yang dah berbulan-bulan beli tu masih belum dirasmikan maka hari ni dengan rasminya dah masak Ayam Panggang Noxxa dan Sos Lada Hitam.

ayam panggang noxxa


Tak sia-sia beli hoi sebabnya cepat betul masak tau. Dalam 10 minit je siap dah masak Ayam Panggang. Kalau panggang dalam oven hampir sejam tau baru masak. Patut la ramai yang menggila nak beli walaupun harganya boleh tahan mahal.

Jom tengok bahan-bahan dan cara Cie masak Ayam Panggang Noxxa dan Sos Lada Hitam. 

BAHAN-BAHAN AYAM PANGGANG NOXXA

2 bahagian ayam (Cie guna bahagian drumstick dan tight)
1/4 biji bawang besar holland*
2 biji bawang putih*
2 inci halia*
1 batang serai*
3 sudu makan kicap manis*
2 sudu makan sos tiram*
Sedikit basil, rosemary, chilli flake

CARA MEMBUAT AYAM PANGGANG NOXXA

Mula-mula korang kisar bahan yang bertanda * tu. Lepas dah kisar tu gaulkan dengan ayam sampai rata. Masukkan juga basil, rosemary dan chilli flake. Renjis-renjiskan je masa gaul tu. Perap la lebih kurang 1/2 jam. Kalau lama lagi sebati bahan perap dengan ayam. Kalau nak cepat 1/2 jam pun boleh je.

Bila dah siap perap tu so korang boleh la on korang punya periuk noxxa. Kalau takde periuk noxxa jangan sedih pulak boleh je masak guna oven cuma masa tu lama la nak masak. Hampir sejam tapi kalau guna noxxa dalam 10 minit je siap dah.

CARA PANGGANG GUNA PERIUK NOXXA

  1. Buka tudung periuk kemudian masukkan ayam perap tadi. Tutup periuk.
  2. Pusingkan tombol kepada pressure.
  3. Tekan hi-pressure 8 minit kemudian tekan on.
  4. Selepas 8 minit akan berbunyi beep lepas tu tekan off, angkat tombol untuk keluarkan wap. Dah habis wap keluar baru boleh buka tudung periuk.
  5. Tekan stir-fry dan on. Balikkan ayam bagi garing sikit bahagian luar dalam 2 minit macam tu lepas tu tekan off.
So dah siap la Ayam Panggang Noxxa kita. Boleh la cuba ye. Senang je nak buat. Boleh klik link untuk resepi Sos Lada Hitam

No comments:

Post a Comment