Monday, 17 August 2015

Blackpepper And Mushroom Sauce

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sos yang paling senang nak dibuat. Makan dengan ayam bakar, ikan bakar, udang bakar, sotong bakar, chicken chop, lamb chop, steak dan banyak lagi la. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Cie combine je blackpepper dan button mushroom nih. Sebab suka kedua-dua jenis sos nih.


resepi sos lada hitam dan cendawan



Blackpepper and Mushroom Sauce



Bahan-bahan Sos:


20gm lada hitam ditumbuk
5 biji cendawan butang dihiris
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 biji bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Sedikit air
1 sudu mentega


Cara Membuat Sos:


1. Panaskan kuali kemudian masukkan mentega, bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga layu.

2. Masukkan cendawan butang dan lada hitam. Kacau seketika dan masukkan sedikit air. Biarkan hingga mendidih.

3. Apabila sos dah mendidih, masukkan pula kicap manis dan sos tiram. Kacau hingga rata.

4. Masukkan pula bancuhan air tepung jagung. Biarkan hingga pekat.

5. Sedia untuk dihidangkan.


Senang tak nak buat? Senang je kan. Bahan-bahan tuh boleh je tambah sukatan lagi ikut kesesuaian. Kalau taknak letak cendawan butang pun boleh je. Tepung jagung tuh berfungsi nak pekatkan sos. Kalau sos cara barat mereka guna tepung gandum. Boleh juga takde masalah. Ada yang letak whip cream, susu penuh krim, susu segar. Ikut kesesuaian kita. Buat je jangan takut tak jadi.





Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment