12 Pekerjaan Wajib Seorang Ibu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 12 August 2015

12 Pekerjaan Wajib Seorang Ibu

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Menjadi seorang ibu sebenarnya bukan lah mudah. Apabila menjadi seorang ibu kita perlu sedia maklum dengan beberapa jenis pekerjaan baru yang akan kita galas walaupun kita sendiri sudah mempunyai pekerjaan. Tugas yang perlu digalas oleh semua wanita yang bergelar ibu. Masa tuh kita akan lebih merasai nikmat menjadi ibu. Sesetengah ibu kan menggunakan khidmat pembantu rumah. Tiada bayaran gaji yang akan dibayar terus ke akaun kita. Apatah lagi potongan KWSP. 



15 pekerjaan wajib seorang ibu


1. Tukang masak

Sejak dari kita kecil ibu lah yang bertanggungjawab menyediakan makan minum anak-anak. Sudah pasti hidangan yang lazat dan menyelerakan akan disediakan.


2. Pakar Pemakanan

Ibu juga sangat pakar tentang pemakanan anak-anak. Apa yang boleh dimakan oleh anak-anak untuk mendapatkan khasiat yang secukupnya.

3. Pelayan Restoran

Tidak bergaji tapi tetap tekun untuk menguruskan anak-anak dan suami ketika dimeja makan. Hidangkan makanan, layan anak-anak dan suami makan. Kalau hari cuti bermula sarapan pagi hingga la supper ibu akan melayan tanpa jemu.

4. Pengurus Acara

Kalau ada sambutan hari kelahiran anak-anak ibu lah antara orang yang sangat sibuk merancang menu, merancang majlis, menyediakan segala persiapan. Dari A hingga Z la semua ibu yang uruskan.

5. Pengurus Dobi

Boleh dikatakan setiap hari tugas ibu memastikan pakaian dicuci. Ada je baju yang perlu dicuci.

6. Pengurus Taska

Ibu lah yang paling layak untuk menguruskan anak-anak bermula dari bayi sehingga lah menjadi kanak-kanak. Ibu tetap dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

7. Doktor

Apabila anak ditimpa sakit ibu lah orang pertama yang paling sibuk dan risau. Ibulah yang akan menjaga anak-anak yang sakit sehingga sembuh. Sedaya upaya cuba mendapatkan rawatan untuk anak-anak supaya cepat sembuh.

8. Pengadil

Apabila anak bergaduh ibu lah yang bertanggungjawab meleraikan pergaduhan. Ibu-ibu perlu sediakan wisel supaya anak-anak takut untuk melawan pengadil.

9. Lifeguard di pantai atau kolam renang

Setiap masa ibu akan sibuk ke hulu hilir untuk memerhatikan gelagat anak-anak mandi dan bermain air. Suara ibu pasti kedengaran untuk memanggil anak-anak. Sama seperti lifeguard yang senantiasa memastikan keselamatan.

10. Jurugambar

Memang wajib sejak anak-anak lahir ibu pasti akan merakam setiap saat, setiap gerak atau kebolehan anak-anak untuk dijadikan kenangan. Betul tak ibu-ibu?

11. Akauntan

Bab-bab menguruskan kewangan ibu sangat pakar. Urusan kewangan juga dijamin selamat jika dijaga oleh ibu. Betul tak penama akaun anak-anak adalah nama ibu?

12. Guru

Sejak dari kecil ibu gigih mengajar anak bercakap, mengenal ABC 123. Apabila sudah bersekolah ibu tetap menjadi guru walaupun di sekolah sudah ada guru. Ibu juga memastikan setiap kerja sekolah yang diberikan guru disiapkan oleh anak.



Sebenarnya banyak lagi senarai tugas bagi seorang ibu. Sejak dari celik mata sehingga pejam mata tanpa henti menguruskan rumahtangga. Jika ibu bekerjaya seawal pagi sudah bangun untuk menguruskan keperluan anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh ataupun pusat penjagaan kanak-kanak. Selepas urusan anak-anak selesai akan bergegas pula ke pejabat. Sehingga waktu petang waktu pulang sudah tiba tugas ibu belum selesai kerana perlu mengambil anak pula. Sampai dirumah sudah bersedia menyinsing lengan untuk menyambung tugas dirumah pula. 

Wahai ibu-ibu ketahuilah bahawa tugas sebagai ibu ini sangat mencabar dan hanya layak dinilai oleh Yang Maha Esa sahaja. Curahkan kasih sayang dengan ikhlas kepada anak-anak. Ikhlas juga menjalankan tugas sebagai ibu kerana tidak ternilai harganya. Jika kita ikhlas kita takkan pernah merungut untuk menjalankan pekerjaan tersebut kerana sudah menjadi tanggungjawab kita.

Tahniah ibu-ibu kerana anda berjaya melaksanakan tanggungjawab yang besar. Bayangkan dipejabat pekerjaan kita hanya satu tetapi dirumah lebih sepuluh pekerjaan yang kita perlu lakukan. Hebat sangat kan?




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment