Cara Rebus Nasi Impit Guna Periuk Noxxa

Rebus Nasi Impit | Periuk Noxxa

Cara rebus nasi impit guna periuk noxxa

Tetiba teringin nak makan nasi impit dekat-dekat nak masuk bulan Ramadhan ni. So masa beli barang minggu lepas terus ambil nasi impit sepeket. Jadi rajin la sebab guna periuk noxxa kan jimat masa. Hihi.

Memang senang je cara nak rebus dalam periuk noxxa ni. Dalam 25 minit macam tu dah siap untuk dimakan. Compare kalau kita rebus dalam periuk biasa tu ambil masa yang agak lama. Kekadang tu confuse dah masak ke belum. Tapi dengan periuk noxxa memang masak tanpa ragu-ragu.

Cara Rebus Nasi Impit Guna Periuk Noxxa

  1. Cuci beras nasi impit terlebih dahulu bagi keluar segala kekotoran.
  2. Masukkan ke dalam periuk noxxa.
  3. Isikan air separas nasi impit.
  4. Tutup periuk. 
  5. Laraskan tombol kepada pressure.
  6. Tekan button High Pressure kepada 25 minit.
  7. Tekan button on. 
  8. Biarkan sehingga bunyi beep dan timer jadi 0.
  9. Laraskan tombol kepada steam dan biarkan wap habis keluar.
  10. Setelah wap habis keluar baru boleh buka penutup periuk, angkat nasi impit dan biarkan sejuk.
Senang je kan? Sambil buat kerja lain boleh rebus nasi impit. Cie rebus 5 peket je. Raya nanti senang la nak rebus nasi impit banyak-banyak.
Share this article:

No comments:

Post a Comment