Maal Hijrah 1441

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1441. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru lagi kita menyambut Maal Hijrah 1440.

maal hijrah 1441


Semoga tahun baru hijrah ni memberi peluang untuk membuka kamus baru. Semoga dipanjangkan usia, semoga diberi kesihatan yang baik, semoga dilimpahkan rezeki melimpah ruah, semoga dilapangkan segala kesulitan.

 "Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH (daripada melakukannya)." (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie).

Sambutan Maal Hijrah tahun ini diberi tema ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ yang membawa maksud Islam adalah agama rahmah yang mengajak manusia saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan serta bersifat belas kasihan.

Mahlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1441H/2019M akan berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Share this article: