Thursday, 17 September 2020

Sambal Bunga Kantan

 SAMBAL BUNGA KANTAN

Sambal Bunga Kantan

Baru-baru ni kakak Cie ada datang rumah bawak bunga kantan 4 batang. Cie baru guna sebatang je masak nasi goreng kerabu. Weekend ni nak pergi event Shaklee jadi takut la rosak pulak nanti simpan lama-lama. Tu yang terajin buat Sambal Bunga Kantan hari ni.

Nak buat senang je. Rasa pun sedap sangat. Kalau makan nasi panas-panas ni tak pandang lauk lain dah. Memang best sangat. Cie share cara Cie buat Sambal Bunga Kantan.

RESEPI SAMBAL BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:
3 batang bunga kantan
5 biji cili padi
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
1 keping asam gelugor
Perencah maggi cukup rasa
Minyak masak

CARA MEMBUAT SAMBAL BUNGA KANTAN
  1. Hiris bunga kantan halus-halus. 
  2. Bawang besar dan cili padi dipotong juga sedikit (tak perlu halus sangat).
  3. Panaskan sedikit minyak kemudian gorengkan bawang besar dan cili padi hingga layu.
  4. Kisar ikan bilis. Kemudian kisar bawang besar dan cili padi. Cie gunakan blender kering. Jadi tak hancur la hasil blender tu.
  5. Panaskan sedikit minyak kemudian gorengkan bawang besar dan cili padi seketika, masukkan ikan bilis kacau lagi. Masukkan pula bunga kantan dan asam gelugor.
  6. Kacau sehingga garing dan perasakan dengan perencah maggi cukup rasa.
Senang je nak buat. Bahan pun mudah je. Cie pun pertama kali buat hentam sajalah ikut citarasa sendiri. Hari tu pernah tengok Majalah 3 rasanya ada orang buat Sambal Bunga Kantan tu. Dah agak lama jugak la wujud sambal ni. Memang kreatif la orang yang mencipta sambal ni.

Selamat mencuba.

0 blogger-facebook:

Post a comment