Vitamin E Shaklee Kini Kembali - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 18 December 2021

Vitamin E Shaklee Kini Kembali

 VITAMIN E SHAKLEE

VITAMIN E SHAKLEE

Setelah sekian lama menghilang, kini Vitamin E kembali. Ramai menunggu Vitamin E masuk semula ke Malaysia.

APAKAH VITAMIN E?

Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak. Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi. Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.

MENGAPAKAH ANDA MEMERLUKAN VITAMIN E?

Menyokong Kesihatan Penglihatan

Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak. Mengurangkan 20% risiko AMD (Kemerosotan Mata disebabkan Penuaan). Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya UV.

Menyokong Kesihatan Jantung

Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung. Menghalang oksidasi kolesterol LDL untuk mengurangkan risiko pembentukan plak. Menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 darah sehari.

Menambah Baik Pergerakan Sperma

Vitamin E dapat membantu melindungi membran sel daripada kerosakan. Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi ciri-ciri sperma. Meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.

Mengekalkan Kulit Berseri

Vitamin E melawan radikal bebas pada kulit. Membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan. Berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.

Fungsi Otak Yang Lebih Baik

Vitamin E menambah baik fungsi kognitif. Kajian mendapati bahawa Vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit  Alzheimer. Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.

SOALAN LAZIM MENGENAI VITAMIN E SHAKLEE

1. Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil Vitamin E Shaklee?

Vitamin E adalah vitamin larut lemak, jadi ia bagus untuk diambil bersama hidangan makanan.

2. Jika saya mempunyai kulit yang berminyak, adakah sesuai untuk saya mengambil Vitamin E?

Individu dengan kulit berminyak mungkin mempunyai kepekatan Vitamin E yang tinggi pada bahagian dermis dan epidermis kulit. Walaubagaimanapun, Vitamin E bagus untuk kulit apabila diambil bersama Vitamin C.

3. Jika saya mempunyai kulit yang kering, adakah sesuai untuk saya mengambil Vitamin E?

Kulit akan mudah merengsa dan meradang apabila kering. Ianya sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Dengan Vitamin E, lapisan penghalang minyak dapat dibina dan dapat mengekalkan kelembapan kulit.

4. Saya sedang mengandung, bolehkah saya mengambil Vita-E Complex?

Jika anda sedang hamil atau menyusukan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum mengambil suplemen Vitamin E. Walaubagaimanapun, nutrien-nutrien yang penting untuk diambil semasa tempoh kehamilan adalah protein, asid lemak omega 3, vitamin c, kalsium, vitamin b dan zat besi.

5. Saya merupakan seorang lelaki yang sedang merancang  mendapatkan anak. Bolehkah Vitamin E membantu meningkatkan bilangan sperma?

Secara amnya, kajian tentang vitamin E dan bilangan sperma menunjukkan fungsi vitamin E sebagai antioksidan untuk melindungi kualiti sperma, sekaligus meningkatkan bilangan sperma yang sihat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesuburan, anda dinasihatkan untuk medapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.

Info Vitamin E Shaklee: baca sini
Testimoni Vitamin E Shaklee: tengok sini

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH



No comments:

Post a Comment