BANJIR BESAR DISEMBER 2021
Sejarah banjir besar pada Januari 2021 berulang kembali pada Disember 2021 di Kuala Lipis Pahang. Memang berat dugaan semua mangsa banjir 2 kali dilanda banjir dalam masa setahun.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Rumah Cie tak kena banjir cuma jalan semua dinaiki air dan memang terkepung tak boleh nak ke mana-mana. Ada kawasan naik air berdekatan taman Cie.
Hujan bermula pada hari Khamis 16 Disember 2021. Hujan yang on off, ada masa tanpa henti seharian menyebabkan air sungai mulai naik pada 18 Disember 2021. Tapi masa tu jalan masih clear boleh lalu.
Bermula 19 Disember 2021 sebelah pagi ada jalan yang dah tak boleh lalu untuk kenderaan, ada jalan yang hanya kereta 4x4 sahaja boleh lalu. Sebelah tengahari je air dah mula naik dan kenderaan dah tak boleh lalu. Hanya bot sahaja.
Manakala 20 Disember 2021 sebelah pagi air semakin naik dan sebelah tengahari air bertahan je tak naik dan tak turun. Elektrik pun dah mula takde. Bergelap la berhari-hari. Walaupun rumah tak kena banjir tapi diuji juga dengan tiada bekalan elektrik pulak.
Kenangan banjir besar di Kuala Lipis Disember 2021. Banyak rumah yang rosak teruk, barang-barang tak dapat di selamatkan. Berat dugaan yang mereka tanggung. Semoga dipermudahkan segala urusan semua mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan