Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun 1444 Hijrah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 29 July 2022

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun 1444 Hijrah

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH BESERTA MAKSUD

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun 1444 Hijrah

Cepat masa berlalu sedar tak sedar je kita akan menyambut tahun baru 1444 Hijrah pada 30 Julai 2022 (Sabtu). 

Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar Islam. Ianya akan disambut oleh seluruh umat Islam di merata pelusuk dunia cuma harinya sahaja berbeza. 

Ianya merupakan peristiwa yang amat penting bagi umat Islam kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam Islam.

BACAAN DOA AKHIR TAHUN 1443 HIJRAH DAN BACAAN DOA AWAL TAHUN 1444 HIJRAH


Seperti biasanya selalu apabila masuk tahun baru kita akan memasang azam untuk pencapaian yang lebih baik pada tahun tersebut. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri.

Selain dari itu kita juga akan membaca Doa Akhir Tahun 1443 Hijrah dan juga Doa Awal Tahun 1444 Hijrah.

PANDUAN BACAAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun 1443 Hijrah hendaklah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan 29 Julai 2022 Masihi (Jumaat). Ianya dibaca sebanyak 3 kali.

Doa Akhir Tahun Hijrah


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun 1444 Hijrah pula dibaca selepas solat Fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan dengan 29 Julai 2022 (Jumaat) malam 1 Muharram 1444 Hijrah. Ianya dibaca sebanyak 3 kali.

Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (Hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.

doa awal tahun hijrah


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah kali ini membuatkan iman dan taqwa kita semakin bertambah. InsyaAllah.

Marilah kita menyambut kedatangan tahun baru Hijrah dengan berazam untuk menjadi lebih dari sebelumnya. Semoga kita dapat memperbanyakkan beribadah kepada Allah SWT.




No comments:

Post a Comment