SALAM MAAL HIJRAH 1444
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1444 Hijrah. Besar pengertian Hijrah sebenarnya. Adakah kita sudah berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik?
Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana membuktikan peristiwa penting telah berlaku pada hari tersebut di mana dalam sejarah Islam hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.
Tanggal 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah peristiwa bersejarah itu berlaku. Namun begitu Tahun Hijrah Rasulullah S.A.W. dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Begitulah peristiwa Maal Hijrah yang setiap tahun umat Islam akan menyambutnya dengan pelbagai tema. Tema Maal Hijrah tahun 1444 ialah 'KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN'.
Semoga kita dapat mulakan Hijrah kita ke arah yang lebih baik sempena tahun baru Maal Hijrah tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan