Kedai Sushi Kuala Lipis

SUSHI KUALA LIPIS

kedai sushi kuala lipis

Kedai Sushi ni baru buka cuma belum berkesempatan nak try. Kebetulan semalam rasa nak makan sushi. Lepas lunch terus ajak husband pergi ke kedai sushi baru tu. Fiza Sushi Kuala Lipis dibuka berhampiran dengan Stesen Keretapi Kuala Lipis dan sebaris dengan Kedai Makan Kuzah the famous Nasi Kerabu in Kuala Lipis.

Semalam ibu belanja anak-anak makan sushi. Selalunya Hari Bonus Shaklee memang ibu belanja tapi 14hb baru ni busy sangat so tak berkesempatan. So hari Sabtu ada masa sambil keluar beli barang dapur terus la belanja. Anak-anak Cie memang suka makan sushi.

Tak beli banyak pun sebab masih kenyang makan sup lunch. So beli untuk rasa jela. Next time boleh repeat lagi beli.

kedai sushi kuala lipis
boleh ootd situ cantik mural kat dinding tu


kedai sushi kuala lipis
antara pilihan sushi yang ada


kedai sushi kuala lipis
air pun ada boleh la dine in makan sushi dan order air


kedai sushi kuala lipis
cie beli ni je. makan 1 je yang lain anak-anak makan. rugi pulak beli sikit

Kedai Sushi kat Kuala Lipis ni ada 2. 1 lagi lama dah buka Nakama Sushi Kuala Lipis ni Cie pernah order guna Halo Delivery Kuala Lipis je. Sedap jugak sushi kat situ. Tahun 2021 Cie pernah order. Belum pernah try makan situ. Banyak juga menu. 

kedai sushi kuala lipis


Asalnya dulu-dulu Cie sorang je makan sushi. Anak-anak dah suami tak makan. Bila dah selalu beli sushi kat Sushi King, beli sushi jual tepi jalan anak-anak pun dah pandai makan sushi jugak. Siap berebut tak cukup. Hihihi.

Cie pernah je buat sushi sendiri guna beras biasa je. Alhamdulillah jadi sedap jugak. Sekali jela pernah buat lepas tu tak buat dah.

 
Lepas ni dah ada Kedai Sushi di Kuala Lipis ni senang la dah nak makan sushi. Tak perlu dah ke Raub untuk beli sushi di Sushi King Raub.

Post a Comment

0 Comments