Wednesday, 28 October 2015

Resepi Sushi Homemade

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Teringin nak makan sushi tapi kat Lipis mana ada Sushi King. Kalau ada pun mahal kan tak puas nak makan banyak. Kalau buat sendiri nak makan sedozen pun takde hal. Hihi. Ingatkan susah la nak buat sushi nih. Rupanya senang je. Tak guna beras sushi pun jadi. Tak guna cuka jepun pun jadi. Takde sushi mat pun jadi. Hihi.

Resepi Sushi




Bahan-bahan Sushi

Bahan-bahan A
1/2 cawan beras dicuci dan ditoskan
1 1/2 cawan air

Cara Memasak Bahan A
1. Masak nasi seperti biasa. Pastikan nasi lembik sedikit.

Bahan-bahan B
3 sudu cuka
1 sudu kecil gula
Secubit garam
1/2 cawan air

Cara Membuat Bahan B
1. Campurkan kesemua bahan hingga larut.
2. Setelah nasi masak gaul bersama bahan ini. Pastikan nasi lembik sikit. Tapi jangan terlalu lembik. Kalau nasi dah lembik selepas dimasak, boleh kurangkan sukatan air cuka.

Tekstur nasi tuh lebih kurang camni la

Bahan-bahan Sampingan Lain
Seaweed
Mayonis
Plastik untuk jadikan sushi mat supaya senang nak roll.


Keju chesdale dan timun jepun. Guna timun biasa pun boleh. Potong timun memanjang.


Untuk telur dadar senang je nak buat. Buat macam telur dadar biasa je. Sosej tuh goreng sedikit dengan butter atau marjerin. Lepas tu potong memanjang

Bahan-bahan Telur Dadar

1 biji telur
1 sudu kecil mayonis
Secubit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1. Pukul kesemua bahan hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Potong memanjang

Cara Roll Sushi


Mula-mula letak plastik atas chopping board atau apa-apa permukaan. Lepas tu letak seaweed. Bahagian kasar ke atas.


Ratakan nasi ke atas seaweed tadi. Kemudian letak la bahan-bahan yang kita nak. Letak kat hujung je tau. Lepas tuh boleh la roll sushi tadi secara perlahan-lahan. Lupa pulak nak snap gambar selepas siap roll. Teruja sangat dapat buat sushi. Hihi. Teruskan roll yang berikutnya ulang step yang sama. Yang kedua Cie letak sosej, timun, mayonis, keju. Potong ikut suka yang penting jadi sushi.

Korang boleh jugak letak tuna, udang tempura, ikan salmon dan banyak lagi.  Lepas tuh cicah dengan kicap cair. Fuhhh terangkat. Lagi best dari sushi king tau. Opssss. Hihi.

2 comments: