Resepi Dan Cara Buat : Ayam Masak Hitam

 RESEPI DAN CARA BUAT | AYAM MASAK HITAM

RESEPI DAN CARA BUAT AYAM MASAK HITAM

Setiap hari masak menu ayam sampaikan takde idea dah nak masak apa. Masa raya haji hari tu pergi beraya rumah sepupu dia hidangkan Rendang Hitam Ayam macam sedap pulak kan so apa lagi terus jela buat ala-ala rendang tapi guna bahan yang ada jela Cie buat Ayam Masak Hitam.

Nak buat Ayam Masak Hitam ni teramat la senang sangat. Sap sap soi dah siap boleh hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Bahan-bahan pun mudah je. Cie memang takde sukatan masakan agak-agak jela.

RESEPI DAN CARA BUAT AYAM MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN AYAM MASAK HITAM

Ayam
Bawang Putih - blend
Bawang Besar - blend
Cili Kering - blend
Serai - titik
Kicap
Minyak Masak
Sedikit air

CARA BUAT AYAM MASAK HITAM

  1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kering blend sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai dan ayam. Kacau rata. Masukkan sedikit air.
  3. Biarkan mendidih dan hingga ayam masak.
  4. Masukkan kicap dan kacau rata.
  5. Biarkan hingga pekat.
  6. Sedia dihidangkan.
Dah siap masak Ayam Masak Hitam guna bahan yang mudah dan ada di rumah saja. Yang penting rasanya sangat sedap dan anak-anak serta suami makan bertambah sebab sedap. Next time boleh repeat lagi la nampaknya Ayam Masak Hitam ni. Sesuai makan dengan nasi, pulut, lempeng, roti dan macam-macam lagi.

RESEPI DAN CARA BUAT AYAM MASAK HITAM

Cie tak masukkan garam atau gula dah sebab kicap tu dah masin dan manis. So tak perlu campur dah bahan perasa lain. Kang bertambah masin pulak kan. Sukatan bahan tu korang agak-agak jela ye. Macam Cie dah standby siap-siap bawang putih, bawang besar, cili kering blend untuk mudah nak masak.

Post a Comment

0 Comments