PANTAI PELINDUNG, KUANTAN PAHANG
Minggu lepas kami sekelurga telah pergi bercuti ke Kuantan memandangkan lama juga dah tak bercuti. Selalunya setahun sekali memang akan bercuti di tepi pantai. Anak-anak memang suka mandi pantai.
Pok Awang Celup Tepung ni lama dah viral tapi biasa la bila tengah viral memang Cie tak suka nak pergi. Dah tentu ramai orang. Bila dah agak lama sikit baru la kita mencuba pulak.
Tak susah pun nak cari kedai ni. Betul-betul tepi pantai je. Pantai Pelindung di Beserah Kuantan. Masa kami sampai pun semua meja full. Ada rezeki kami ada satu family tu dah siap makan dia panggil kami untuk ambik tempat dia.
Makanan kat sini semuanya dimasak selepas kita dah pilih so memang dapat makanan yang betul-betul panas la. Tu yang best. Kebanyakkan kedai celup tepung ni semua dah goreng siap-siap kita terus ambil je. Kadang-kadang dah sejuk dan tak rangup dah tepung gorengan tu.
|
kat sini ada pelbagai jenis seafood boleh pilih. Harga pun ada sekali kat situ boleh la buat kira-kira sebelum ambil. Harga dah termasuk masak. |
|
harga udang dalam mangkuk tu murah sikit udang biasa. yang ikut gram tu besar sikit. ikan pulak harga per ekor |
|
sotong pun ada 2 jenis, bebola, ikan kembong |
|
lepas dah pilih tu boleh la bawa ke kaunter timbang sebelah tu je untuk mereka timbang sebelum masak |
|
mereka akan tulis dalam resit dan bagi kat kita. seafood tu mereka akan goreng |
|
ni pulak list makanan lain dan minuman kot la ada nak tambah |
Kami order air, keropok lekor dan sata je. Ingatkan kena order kat kertas dan mereka akan hantar. Rupanya air je mereka hantar. Makanan tu kita just tulis berapa kita ambil untuk bayaran nanti. Makanan tu kita ambil sendiri je kat bahagian makanan tu.
|
husband hantar pesanan air kat kuanter tu tunggu mereka datang kat meja tak kunjung tiba. Makanan boleh ambil sebelah kiri tu |
|
sata tu macam terlebih bakar hangus sikit tak sedap la jadinya. keropok pun dah sejuk jadinya tak sedap jugak dah nasib baik ambil sikit je
|
Sementara nak tunggu siap gorengan tu kami 3 beranak ke tepi pantai dulu nak ootd dan tengok view pantai yang tersangat cantik. Babahnya jaga meja.
|
sempat la ootd kejap. husband dah call bagitau dah siap masak |
|
teh o laici untuk kakak, laici untuk adik, laicikang untuk ibu, jagung cincau untuk babah |
|
ni la hidangan kami. bila dah masak nampak banyak pulak |
Tak habis pun kami makan. Bungkus je yang tak habis tu. Perut dah full sangat dah kekenyangan. Siap makan sekali lagi ootd tepi pantai. Cantik sangat view tu rasa macam nak duduk je tepi pantai tu ambil angin pantai.
Akhirnya merasa jugak makan di Pok Awang Celup Tepung di Pantai Pelindung Kuantan. Next time InsyaAllah akan repeat lagi makan di sini. Harga berpatutan dan makanan juga sedap.
Wah! Syokk la makan udang ikan yang kita pilih, lepas tu baru masak... Memang betul² masih panas tu.
ReplyDeleteYup masih panas2 lagi
DeleteCantik tepung gorengan tu, nampak rangup sangat.
ReplyDeleteMakan panas2 memang masih rangup
Delete