Veer Hotel Kuantan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 6 September 2022

Veer Hotel Kuantan

 Veer Hotel Bandar Indera Mahkota Kuantan

Veer hotel kuantan

26 Ogos 2022 Cie ada tugas rasmi di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang terletak di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Mesyuarat tersebut bermula 8.30 pagi so Cie kena bertolak awal sehari dan perlu menginap di Kuantan. Perjalanan dari Kuala Lipis ke Kuantan lebih kurang 3 jam lebih.

Cie bertolak dari Lipis 25 Ogos sebelah petang. Bawa juga anak-anak sekali dan suami yang drive. Dah memang bertahun ke mana-mana mesti husband akan drive. Dulu zaman bujang merata alam drive sendiri je. Sekarang ni drive hanya pergi dan balik kerja je.

Oleh kerana Jabatan Kesihatan Negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota maka Cie pun search hotel yang berdekatan supaya mudah nak ke situ. Terjumpa la Veer Hotel. Tengok review pun ok je so Cie pun booking melalui Agoda.

Sampai di hotel dah pukul 11 lebih malam. Terus ke lobi untuk check in. Bayaran deposit RM50 dan RM3 cukai kelestarian Negeri Pahang.

Masuk je ke bilik bau wangi je. Bilik kecil je tapi selesa la hanya nak tidur je. Bilik pun bersih je. Walaupun hotel biasa je tapi dalam bilik lengkap jugak facilities.

Cuma iron jela takde. Mereka letak kat luar je. Kebetulan iron section tu depan bilik Cie je. Sampai hotel je terus iron baju dan tudung untuk meeting esoknya.

Veer hotel kuantan
complimentary coffee and tea


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan
Iron tu macam nak rosak dah. Tak panas sangat. Lampu pun tak nyala. Ingatkan rosak. Mujur ok la boleh pakai


Veer hotel kuantan


Veer hotel kuantan
Klik channel tv tiba-tiba boleh tengok cctv. Nampak la kereta kita parking tu


Overall ok je hotel ni selesa kalau nak stay atas urusan kerja. Nak ke Jabatan Kesihatan pun dekat je lebih kurang 10-15 minit la jem pagi-pagi. 

Harga bilik RM133.49 untuk 1 malam dan takde breakfast. Harga bilik saja.


No comments:

Post a Comment