Jamuan Raya Hospital Kuala Lipis 2023 - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 10 June 2023

Jamuan Raya Hospital Kuala Lipis 2023

 Dekorasi Booth Raya Hospital Kuala Lipis

Jamuan raya hospital lipis


Belum habis cerita raya rupanya. Hahaha. Kita cerita la sikit buat kenangan untuk tahun ni. Setiap tahun Jamuan Raya Hospital Lipis memang meriah. Tahun sebelum ni unit kami takde combine dengan unit lain. Kami hanya sediakan air. 

Tapi tahun ni kena combine pulak dengan unit lain dan ada tambahan hidangan buah dan kena juga masak nasi. Untuk dekorasi booth raya memang idea dari team Cie. Mereka ni memang kreatif. Walaupun job scope memasak je untuk pesakit tapi bila ada task lain diberikan memang mereka akan all out.

Dekorasi booth raya
Ni la hasilnya sampai tengah malam mendeko

Cie tumpang menyibuk je tolong sikit-sikit je. Hihi. Memang cantik betul mereka buat dekorasi booth raya ni. Tahun ni paling meletop hasilnya. Tahun sebelum ni mereka buat simple je. Tapi tahun ni memang betul-betul menonjol kreativiti mereka ni. Tahniah team Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis. Korang memang hebat!!

Walaupun nak menghasilkan tu banyak dugaan dan cabaran tapi mereka berjaya harungi. Nak dapat sesuatu memang kena korban sesuatu. Begitulah kehidupan kan. Apa pun dalam hidup kena berani harungi cabaran.



Jamuan raya hospital lipis


Kami dipertanggungjawabkan untuk sediakan buah-buahan dan juga air. So kami memilih untuk sediakan Buah Tembikai dan Jambu Batu Asam Boi. Paling cepat habis. Laku betul buah.

Air pulak kami sediakan Limau Kasturi Asam Boi, Cha Bang Ang, Teh Susu dan air kosong sejuk. Air pun cepat je habis. 

Jamuan raya hospital lipis


Jamuan raya hospital lipis
Segar tekak dapat minum air sejuk


Jamuan raya hospital lipis
Ni pun lalu kat tekak rasa sejuk je


Dekorasi booth raya
Cie yang tulis ni. Hihi


Dekorasi booth raya
Teh susu ni ingatkan takde orang nak sebab suam kan. Habis jugak


Dekorasi booth raya
Letak nama sky juice baru la kelas sikit kan. Hahaha


Dekorasi booth raya
Rezeki dapat Naib Johan


Dekorasi booth raya
Tumpang bergambar kat booth Johan. Mantap siap ada sampan lagi buat deko. Booth mereka hidang Nasi Dagang. Memang kena la dengan tema tu. 1 booth je sempat begambar


Dekorasi booth raya
2 beradik ni balik sekolag terus ibu bawak makan kat jamuan je sebelum hantar kelas KAFA


Dekorasi booth raya
Masa ni ramai duk berkemas dah kami sayang nak buka booth. Hahaha


Dekorasi booth raya
Posing puas-puas buat kenangan


Dekorasi booth raya
Niat hati nak naik basikal tu tapi lupakan jela. Hahaha


Jamuan raya hospital lipis
Pentas utama sama tema dengan kami pulak guna kotak


Jamuan raya hospital lipis
Masa ni dah tak ramai orang kami pulak nak posing sakan


Jamuan raya hospital lipis
Siap ada kukur kelapa


Dekorasi booth raya
Sebelum buka booth kasi la can nak posing puas-puas. Lepas tu baru la cabut semua


Alhamdulillah berkat kesabaran team kami kena marah, kena campak sana sini akhirnya Allah ganti dengan kejayaan. Berjaya memang Naib Johan. Memang tak sia-sia la usaha team. Bertungkus lumus hasilkan idea yang menarik.

No comments:

Post a Comment