Tips Bercuti di Pulau Pangkor - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 19 August 2023

Tips Bercuti di Pulau Pangkor

 PULAU PANGKOR | PULAU BEBAS CUKAI

Tips Bercuti di Pulau Pangkor

Takdela tip sangat just nak share pengalaman Cie bercuti di Pulau Pangkor. Maybe boleh digunapakai oleh sesiapa yang nak bercuti di Pulau Bebas Cukai tu.

Cie share sekali anggaran kos. Mana tau kot ada yang nak bercuti ke sana boleh la spend siap-siap. Lebih kurang jela kos tu ada yang dah tak ingat exact amount.

Pengalaman setiap orang juga tak sama tapi boleh la nak dijadikan panduan.

TIKET FERI

Boleh beli tiket feri secara online sebelum nak bercuti tu. Tiket Pangkor Ferry. Beli terus tiket pergi dan balik. Total kami 4 beranak RM66.96. Tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5.50. Tapi ada charge admin fee. Jenis feri pun boleh pilih dan masa pun boleh pilih.

Tips Bercuti di Pulau Pangkor



Seeloknya naik di Jeti Marina. Masa perjalanan hanya 10 minit. Boarding pass tu boleh print. Kalau taknak print boleh je tunjuk dari handphone. Cie print sebab dalam emel tu advice suruh print.


JETI MARINA

Nak parking kereta ada bayaran juga. Parking berbumbung RM50 sehari. Parking separa bumbung RM40 sehari. Yang separa ni ikut nasib kalau dapat dekat dengan jeti. Kalau penuh kena menapak jauh. Kami ambil yang berbumbung sebab dekat dengan jeti. Parking ni pun tak banyak dalam 8-10 petak je. 

Kat jeti ni ada juga pelbagai kedai-kedai jualan makanan, pakaian, topi dan lain-lain. Sempat la beli topi sementara tunggu feri. RM19.50 topi dewasa dan RM17.50 topi kecil untuk kanak-kanak.

KERETA SEWA

Untuk kereta sewa di Pulau Pangkor pun boleh book siap-siap kalau nak mudah. Cie search kat facebook je. Ada orang advice book dulu takut tak dapat kereta sewa sebab masa tu cuti sekolah.

Tapi sebenarnya berlambak kereta sewa. Sampai kat jeti tu ramai je agen kereta sewa dah menunggu nak promote kereta mereka. Mostly sewa RM120. Minyak isi sendiri. Ada orang kata mahal. Entahla mahal ke murah. Asalkam dapat kereta auto, kereta ok nak mendaki bukit bukau tu pun dah ok. 

Tips Bercuti di Pulau Pangkor


Tips Bercuti di Pulau Pangkor



Kami dapat kereta Kia Spectra yang auto. Booking dan bayar sebelum ke sana. Sampai pulau ambil kereta terus je. Ambil 1 petang dan pulangkan semula sebelum 1 petang. Silih berganti orang sewa kereta tu.

Kalau rajin dan banyak masa boleh cari yang lagi murah. Memang sangat banyak perkhidmatan kereta sewa di Pulau Pangkor tu. 

MOTOR SEWA / TEKSI PINK

Motor sewa pun banyak kat sana. Rate harga RM30-50 bergantung kepada jenis motor. Kami tak sewa motor. Kalau nak sewa motor kena 2 biji pulak. Tak muat nak naik 4 beranak. Cie mana pandai bawak motor. Hahaha

Tips Bercuti di Pulau Pangkor



Teksi pink pun banyak ada merata. Yang menariknya teksi pink ni van dan ada di Pangkor sahaja. Kalau datang berkumpulan dan ramai boleh sewa teksi pink je. Berbaloi naik ramai. Pemandu teksi akan bawa ke tempat-tempat menarik sekitar Pangkor. Harga tak pasti sebab kami tak sewa teksi.

HOTEL

Ada homestay, challet dan hotel. Pilih je nak yang mana. Cie pilih hotel sebab mudah ada sekali breakfast. Pagi-pagi tak payah pening nak keluar cari breakfast. Cie stay di Coral Bay Resort. Harga 1 malam RM180.17 dapat sekali breakfast untuk 2 orang. Cuma tambah 2 pax breakfast untuk anak RM12/pax.

KEDAI MAKAN

Kedai makan pun banyak. Harga takdela mahal. Tahap kesedapan pun boleh la. Masa hari pertama sampai kami makan tengahari kat Haida Kafetaria tepi jeti je. Kedai nasi campur, laksa dan ada juga ABC. Kami makan nasi campur 4 orang RM37.

Tips Bercuti di Pulau Pangkor



Minum petang selepas penat pusing Pangkor kat gerai tepi jalan berdekatan pantai. Lupa nama. Kami minum ABC, laicikang, air epal dan suami makan bihun sup. Kos RM22.

Malam kami dinner kat Restoran Ilham sebelah Coral Bay. Kos RM57 kami makan nasi putih, ikan bakar, tomyam, kangkung goreng, telur dadar, nasi goreng pataya.

Masa nak balik kami lunch di Restoran RR tepi jeti makan nasi campur RM33.

DUTY FREE ZONE

Kedai duty free ni ada banyak jual coklat, perfume, perkakasan dapur, pinggan mangkuk dan lain-lain. Kat tepi jeti pun ada, kedai tepi jalan ke Pasir Bogak tu pun ada banyak. Memang ada signage duty free tu.

Tips Bercuti di Pulau Pangkor



Harga lebih kurang je untuk coklat. Total beli coklat RM262.20. Pinggan boleh beli kat Coco Valley. Situ banyak pilihan dan harga murah berbanding kedai lain. Lokasinya sebelum Pasir Bogak. Sebelah kanan dari pekan Pangkor. Kos beli dinner set RM254, troli untuk angkut kotak pinggan RM29.90, kos beli backpack RM59.90.

HASIL LAUT

Hasil laut ni tak sure mahal ke murah. Cie takde beli bilis. Masa hari pertama sampai tu ada borak dengan makcik dari KL katanya kat KL lagi murah harga bilis tu.

Macam sotong kering, kerepek ikan dan lain-lain tu boleh beli kat Eng Seng Kilang Satay. Memang famous kat situ. Ramai juga orang beli di situ. Kami beli sikit je sotong kering, kerepek ikan dan seaweed dalam RM40+.

Tips Bercuti di Pulau Pangkor


Total semua kos termasuk minyak kereta lebih kurang RM1500. Kos ni pun mungkin berbeza ikut bajet korang. Kos ni termasuk shopping. 

Kos untuk aktiviti laut takde sebab kami tak buat aktiviti laut. Memang semata untuk shopping je bercuti di Pulau Pangkor tu.

Kos minyak pulak perjalanan dari Kuala Lipis ke Taiping. Dari Taiping pula ke Manjung. Dari Manjung ke Jeti Marina. Balik pula dari Jeti Marina ke Manjung dan dari Manjung ke Lipis. Tol ada 1 je masa balik dari Manjung tu. Beberapa ringgit je.

Ni jela antara yang Cie ingat dan tulis kat notes handphone. Lama dah bercuti bulan 5 2023. Baru sempat nak share. Hihi

No comments:

Post a Comment