Ideas Kuala Lumpur - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 16 September 2023

Ideas Kuala Lumpur

 IDEAS KUALA LUMPUR HOTEL


IDEAS KUALA LUMPUR

Bulan Jun yang lepas Cie ke KL ada urusan nak ke Umobile Centre di Times Square nak buat urusan pertukaran ownership nombor handphone husband. 

Kisahnya dulu pakai maxis pakej yang family tu atas nama Cie. Bila convert ke Umobile tak boleh tukar nama. Tu yang kena buat kat centre di Times Square. Lama dah bertangguh. Kebetulan Cie nak ambil pakej iphone 14 tu yang sekali arung la semua.

Survey beberapa hotel dah sebelum decide nak stay IDEAS Kuala Lumpur ni. Masa survey tu murah lagi tapi tak booking pun. Duk bertangguh. Bila nak book tengok dah naik harga. Cie survey IDEAS Kuala Lumpur ni terus book via Agoda check in 1 malam je 30 Jun 2023 dan check out 1 Julai 2023. Dapat harga RM248.82 untuk Signature Twin Room termasuk sarapan untuk 2 orang. 

Dulu nama lain hotel ni. Mungkin dah rebranding nama lain. Selalu lalu je area situ. Kalau ke SOGO memang akan lalu sini.

IDEAS KUALA LUMPUR
Masa kami sampai tak ramai pun check in


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR



Tujuan pilih hotel ni sebab plan asalnya nak naik monorail je ke Times Square. Dari IDEAS Kuala Lumpur tu ke stesen monorail nak jalan kaki je macam zaman muda dulu. Lupa pulak dah ada anak dan suami. Hahaha. Kebetulan hujan tu yang husband cakap naik kereta jela. Hampa planning failed.

Tujuan lain jugak pilih hotel tu sebab boleh jalan kaki je ke SOGO KL tu. Tapi hampeh tak sempat pun nak jalan kaki. Hahaha. Esoknya check out tu terus keluar dengan kereta sekali parking kat area jalan TAR tu je. Haih la takde function pun stay hotel ni. Mujur best.

IDEAS KUALA LUMPUR
Dekat je kalau nak jalan kaki ke SOGO. Boleh nampak dari hotel


Tak sempat pun nak jalan kaki ke SOGO tu. Lepas check out dah nak ke Times Square. Rushing la juga banyak tempat nak pergi dalam 1 hari kan. Tiba menyesal masa tu stay 1 malam je.

IDEAS KUALA LUMPUR

Lepas keluar dari lif jenuh kami mencari bilik. Memang tak nampak bilik. Signage bagitau mana bilik pun takde. Yang ada 1 pintu rintangan api je. Biasa pintu gitu untuk tangga je. Kami macam termenung kejap memikir. Hahaha. Lama jugak duk depan tu. Saja try tolak pintu tu mujur betul situ la pintu nak ke bilik. Adeh la.


IDEAS KUALA LUMPUR
Kat sini pintu masuk ke bilik. Mula sampai tu ingat salah level. Tengok pintu tu macam nak ke tangga.


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR



Dalam bilik semua cukup lengkap dengan pelbagai amenities disediakan. Memang agak selesa kalau nak bercuti tu. View bilik kami nampak pool dan jalan raya, landasan train. Boleh la untuk cuci mata memandang keluar bilik. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Breakfast buffet ada pelbagai pilihan. Cie tambah 2 breakfast untuk kanak-kanak RM20 per pax. Boleh kata semua food kami try. Rasa pun sedap semuanya. Berbaloi la add on breakfast untuk anak-anak.

IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR
Sampai licin makanan

Ada juga gambar buffet yang tak sempat snap. Orang ramai juga. Cie suka tengok set pinggan macam kat rumah je. Berat nak angkat pinggan mangkuk tu tebal. Kebiasaan hotel guna yang warna putih tapi berbeza dengan hotel ni.

IDEAS KUALA LUMPUR
Kekenyangan dah semua


IDEAS KUALA LUMPUR


IDEAS KUALA LUMPUR
Mirror selfie la satu kali cantik toilet

Overall selesa la stay hotel ni. Nak access ke mana-mana pun dekat je. Cuma kali ni macam rushing sikit tak sempat nak menikmati sangat. Next time boleh la kita repeat lagi untuk stay sini.

2 comments: