Restoran Mualaf Raub - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 10 November 2023

Restoran Mualaf Raub

 Restoran Cina Muslim di Raub Pahang

Restoran Mualaf Raub

Restoran Mualaf ni antara restoran kegemaran kami sejak dari dulu. Kalay lalu Raub memang akan singgah makan kat sini. Masakannya memang kena la dengan tekak dan selera kami.

Sebelum ni Cie dah pernah share entry makan kat Restoran Mualaf Raub ni tapi di lokasi yang berbeza. Sekarang mereka dah berpindah lokasi. Dulu kat Taman Bistari Jalan Tras. Sekarang dah pindah di Dataran Raub. Bersebelahan dengan padang bola dan Masjid Raub. 

Masa PKP waktu covid dulu Restoran Mualaf Raub di Taman Bistari tu tutup. Mereka berpindah lokasi ke Simpang Kallang untuk take away je rasanya sebab kami pernah call masa boleh rentas daerah.

Kali kedua kami call nak berbuka puasa kat sana katanya dah tutup operasi. Waktu PKP yang boleh rentas daerah. Frust jugak la masa tu sebabnya susah nak cari restoran masakan cina yang halal dan sedap.

Bila tau je mereka dah buka semula kat Dataran Raub kami pun tak lepaskan peluang la nak singgah makan. Kebetulan ada urusan di Toyota Bentong. Masa nak balik tu kami call dulu nak order. Rupanya mereka buka 9am - 3pm dan 6pm - 9.30pm.

Kami call 2.30pm dari Bentong. Mujur owner tu kata takpe order je nanti dia masak dulu. Boleh je datang. Alhamdulillah rezeki. Anak-anak tak sabar nak makan ayam lemon tu kegemaran kami. Dari anak-anak kecik selalu makan kat situ. Kami pun order yang simple jela rushing kan.

Sampai Raub 3pm kami terus singgah. Masih ada orang tengah makan. Cuma selepas kami tu dia dah takde ambik order. Staf pun sibuk mengemas untuk tutup sekejap rehat. Nanti pukul 6 mereka buka semula.

Restoran Mualaf Raub
Kami sampai je mereka terus hidang ni cili tumbuk dengan bawang putih


Restoran Mualaf Raub
Terpaling sedap ni


Restoran Mualaf Raub


Restoran Mualaf Raub


Restoran Mualaf Raub


Ni jela yang kami sempat order dan makan. Sambil taip ni pun rasa terliur tengok. Hahaha. Nanti nak repeat lagi makan kat sini. Yang pasti ayam lemon wajib order. Makan dengan cili padi + bawang putih + kicap cair memang sedap. Biasa masakan melayu makan dengan sambal belacan, sambal tempoyak kan tapi kat sini makan cili dan bawang putih. 

No comments:

Post a Comment