5
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bukan senang nak jumpa restoran yang menghidangkan masakan cina yang halal. Cie memang suka masakan cina. Kat Raub ada sebuah restoran yang menghidangkan masakan cina halal, Restoran Mualaf Raub.

Tu waktu perniagaan Restoran ni nanti datang masa tutup rugi je


Tuan tanah nak selfie sementara tunggu makan sampai. Krik krik krik


2 beradik ni kalau nak ambil gambar memang susah


Menu wajib kami bila ke sini


Tu dia menu punya la banyak. Tengok banner rasa nak order semua kan

Menu wajib order kalau makan kat sini ayam lemon, telur dadar, kerabu mangga, udang, sotong. Kebetulan masa makan hari tu udang tak ada so order sotong jela untuk anak-anak. Ibu tak makan sotong. Ayam lemon tu memang sedap tak terkata.

Harga pun tak mahal sebab mereka serve size small tu untuk 4 orang makan. Kami ni 2 orang je makan boleh licin. Haha. Anak-anak kurang makan. Untuk semua menu tu tak sampai RM100. Berbaloi sebab semua masakan sedap. Service pun cepat.

Kalau anda berkunjung ke Raub sila singgah kat restoran ni ye. Boleh waze je Restoran Mualaf Raub. Atau boleh cari alamat ni:

Restoran Mualaf Raub
No. 1 Taman Bistari,
Jalan Tras,
27600 Raub,
Pahang.
09-3558107


Post a Comment Blogger

  1. jom join..
    http://hatinufid.blogspot.my/2016/03/blogwalking-by-coretanku.html

    ReplyDelete
  2. Menu kalau sedap sure puas hati dan boleh repeat lagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu memang akan repeat kalau menu sedap kena dengan selera tekak.

      Delete
  3. dah lama tak ke Raub. Rindu pulak rasanya..

    ReplyDelete

 
Top