Baju Kemeja Dan Tudung Murah - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 30 December 2023

Baju Kemeja Dan Tudung Murah

 Shopee Sales

Baju Kemeja Dan Tudung Murah
mujur dah ada baju dan tudung yang matching dah walaupun main beli je

Memang sales Shopee ni berhantu sangat tau. Hahahah. Hari-hari kalau boleh nak add to cart. Ada je benda nak dibeli. Duit gaji memang spend ke situ jela. Best Shopping kat Shopee ni sebab murah. Lagi-lagi kalau masa sales pay day la, sales bulanan la. Banyak betul sales.

Cie jumpa shop yang jual murah sangat dan berkualiti. Cie beli baju kemeja dan tudung murah baru-baru ni. Baju kemeja tu hampir semua warna dah Cie ada 8 helai dah kemeja tu dalam sedar tak sedar je klik. Hahaha. 2 kali beli dengan harga RM19.50. Kali ke 3 beli dapat harga RM18.92 memang berbaloi la. Ada lagi beberapa warna Cie belum klik. 

baju kemeja dan tudung murah
klik 5 helai terus sebab harga murah waktu sales



Material baju kemeja murah tu cotton, tak panas, sangat selesa pakai pergi kerja dan jalan-jalan. Free size so rasanya sesuai untuk mereka yang size S to L. Size XL pun rasanya boleh je sebab loose jugak baju kemeja tu. Cie share kedai tu kot korang nak beli juga Baju Kemeja Murah

Tudung tu pulak jenama Fareha. Cie pernah ada sehelai pemberian bos Cie. Rasa best juga pakai senang nak bentuk. Kebetulan scroll Shopee ada Fareha HQ buat sales murah sangat siap dapat free tudung Fareha plain lagi. Sehelai dapat harga RM6.90 je ye memang murah sangat. 

baju kemeja dan tudung murah


Tak lama lagi mesti ada sales 1.1 pulak kan. Cie share siap-siap kedai tu mana tau ada sales lagi nanti Tudung Murah. Cie beli yang cotton senang nak bentuk. Yang chiffon pun ada juga.

Musim semua barang mahal ni kena bijak bebelanja. Barang murah dan berkualiti memang berbaloi kalau beli. Kalau mahal tapi tak berkualiti membazir je beli. Sekarang Cie kalau nak shopping sekarang ni memang Cie akan sandarkan pada simpanan emas dulu. Lepas tu baru la shopping tanpa was-was. Simpanan emas dapat dan shopping pun dapat.

4 comments:

  1. Memang best kalau dapat shopping kan... semua perempuan gitu.. heheh

    ReplyDelete
  2. Murahnya tudung fareha.. tak pernah beli lagi. Dah lama nak beli tapi bila bukak shopee lain pula yanv di beli..

    ReplyDelete