Hari Kelepasan Am Pahang 2024 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 24 December 2023

Hari Kelepasan Am Pahang 2024

 Cuti Umum Pahang 2024

Hari Kelepasan Am Pahang 2024


Tinggal lagi seminggu saja kita dah nak masuk tahun 2024. Mesti banyak perancangan percutian yang kita nak buat masuk tahun baru 2024 kan. Cie share kat sini Hari Kelepasan Am Pahang 2024 untuk rujukan yang bekerja di negeri Pahang. Untuk negeri lain pun ada boleh tengok kat kabinet.gov.

hari kelepasan am pahang 2024

Hari Kelepasan Am Pahang 2024 ada yang bertindih. Cuti Hari Hol dan Hari Wesak jatuh pada 22 Mei 2024 dan kebiasaannya akan dapat gantian hari berikutnya iaitu 23 Mei 2024. Begitu juga dengan 16 September 2024 Hari Malaysia dan Maulidur Rasul jatuh tarikh yang sama dan akan dapat gantian sehari pada 17 September 2024.

Best la kan boleh dapat cuti 2 hari minggu yang sama. Boleh plan bercuti bersama keluarga atau kalau taknak bercuti boleh plan balik kampung dan juga berehat di rumah saja.

Bagi yang merancang untuk bertunang atau berkahwin tahun 2024 dah boleh pilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan. Ada juga yang merancang hari keluarga waktu Hari Kelepasan Am. Ramai yang cuti kan.

Cie buat masa ni takde rancang apa-apa lagi. Selalunya dekat nak bercuti baru la tengok kalendar dan tak lupa juga tengok Jadual Gaji Penjawat Awam 2024. Baru la best nak bercuti bila dah gaji.

Selalunya setahun sekali Cie memang plan bercuti di tepi pantai. Kami sekeluarga memang suka pantai. Tahun 2024 nanti InsyaAllah kita akan plan cuma belum ada tarikh lagi.

3 comments: