Makan Tengahari Di Anakdol - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Isnin, 25 Disember 2023

Makan Tengahari Di Anakdol

 Anakdol Pizza Jerantut

Baru je lagi singgah Anakdol Pizza Jerantut take away pizza lepas balik dari Temerloh. Masa tu duk belek-belek menu nampak banyak betul menu. Tu yang plan nak bawak anak-anak dine in pulak.

makan tengahari di anakdol

Cuti sekolah dah seminggu berlalu tapi masih belum berkesempatan nak bawak anak-anak berjalan sebab anak yang sulung kakak Raisha ada kelas tambahan KAFA setiap hari pulak tu. Tu yang takde masa nak ke mana-mana. 

Kalau ke Anakdol Pizza Jerantut ni sejam perjalanan je dari Kuala Lipis. Semalam bawak la anak-anak makan tengahari di Anakdol Pizza Jerantut. Kami sampai ke Anakdol Pizza Jerantut dalam pukul 3.15pm. Memang ramai orang full house kedai. Rezeki kami ada meja kosong.

makan tengahari di anakdol


makan tengahari di anakdol

Masuk je dalam kedai, husband terus beratur untuk order. Cie dan anak-anak cop meja dulu. Lepas tu baru Cie dengan husband order makanan. Konsep pesanan makanan kat sini semua kat kaunter je. Nanti order dah siap mereka hantar ke meja kita. Kalau take away akan ada nombor dipanggil kalau order dah siap.

Beratur pun tak lama sangat pun. Laju jugak cashier ambil order. Makanan sampai ke meja pun cepat je. Kami ingat lambat sebab ramai orang penuh kedai. Orang yang take away pun ramai juga. Best kat sini pasang zikir-zikir je sambil kita menikmati makanan dengan alunan zikir. Pekerja pun pakai kopiah.

Sementara tunggu makanan sampai biasa la kami anak beranak wefie la dulu. hihihi

makan tengahari di anakdol
kedai full house rezeki ada juga meja walaupun tersorok bawah tangga


makan tengahari di anakdol
besar dah anak-anak dara ibu ni


Borak-borak sambil wefie makanan pun sampai satu persatu. Mula-mula air dulu sampai, lepas tu baru la makanan lain pun sampai.

makan tengahari di anakdol
Apple Hulk RM8.90 dan Fruitale Manggo RM8.90



makan tengahari di anakdol
Mac & Cheese Ayam Crisy RM15.90


Makanan ibu sampai dulu Mac & Cheese Ayam Crispy memang sangat sedap cheese banyak. Memang kena makan dengan ayam crispy tu. Must try menu ni ye memang sedap lagi-lagi kalau korang penggemar cheese.


makan tengahari di anakdol
Nasi Goreng Chicken Chop RM16.90

Nasi goreng chicken chop ni babah yang order. Biasa la babah mesti nak makan nasi. Yang ni pun sedap jugak cuma blackpepper sauce tu bagi Cie macam cair sikit. Tapi ok la kot sebab makan dengan nasi. Kalau makan dengan chicken chop kena sos pekat sikit baru sedap.


makan tengahari di anakdol
Garlic Bread Set RM6.63 ada diskaun 15% add on. Harga asal RM7.80

Garlic Bread Set ni ada sekali mushroom suop. Saja add on yang ni ada diskaun 15%. Masa take away hari tu dah rasa sedap tu yang order lagi. Makan panas-panas lagi sedap roti tu lembut kat dalam dan garing sikit kat luar. Cicah dengan soup tu memang sedap.


makan tengahari di anakdol
Pizza Daging Pepperoni (S) RM18

Kakak Raisha nak pepperoni so order la yang ni. Sebelum sampai sana dah cakap nak pepperoni kita ikutkan jela. Yang ni takde sayur selera la anak-anak makan. Kalau piza yang ada bawang, button mushroom atau sayur lain memang letak tepi tak makan pun. Sedap pizza anakdol ni lembut sangat rotinya. Lagi sedap dari brand lain.

makan tengahari di anakdol


makan tengahari di anakdol



Overall makanan kat sini semua sedap. Kami order makanan lain-lain sebab nak rasa sikit sorang. Dapat la rasa makanan lain-lain. Service pun laju jugak walaupun full house jugak Anakdol Pizza semalam tu. Masa kami siap makan pun ada lagi yang baru masuk.

Seronok tengok anak melayu buka kedai berjaya macam ni. Harapnya lepas ni Anakdol Pizza boleh la buka cawangan lebih banyak sebab makanan mereka memang sedap. Lebih sedap dari brand international yang selama ni kita duk makan tu. Sejak boikot beberapa bulan ni selagi boleh kita cari kedai anak tempatan.

Lokasi kedai ni terletak di Taman Temin Utama tepi jalan je hala ke Temerloh. Kedai Anakdol Pizza ni juga dibuka setiap hari bermula 12.30pm hingga 10.00pm.

makan tengahari di anakdol
selfie sebelum keluar rumah semalam. ihihi


Ingatkan lepas makan nak jalan-jalan, kebetulan siap makan hujan turun lebat pulak tu tak dapat la nak singgah kat mana-mana. Melawa kemain dah ni lepas tu pergi Jerantut semata-mata nak makan jela.

10 ulasan:

  1. sedapnye .. sis, anak sulung sis darjah berapa? darjah lima ke?

    p/s : done follow atas nama Ain Farhana

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye sis, anak sulung darjah 5. done follow juga blog LadyBird. Selamat berkenalan :)

      Padam
  2. Alhamdulilah rezeki anak2.. sesekali makn luar best jugak

    BalasPadam
  3. Sedapnya makan pizza... BTW MYiDEAKiNi datang singgah & follow balik tuan empunya blog...🤗😁🤝

    BalasPadam
  4. Sedapnya. Pernah singgah yang cawangan Temerloh je. Anakdol ni pizza dia unik sikit kan. Nice la

    Followed here #428

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ada juga cawangan di Temerloh. Terima kasih follow. Done follow juga :)

      Padam