Anakdol Pizza Jerantut - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 18 December 2023

Anakdol Pizza Jerantut

 Kedai Pizza di Jerantut

Anakdol Pizza Jerantut

Ini merupakan kali kedua Cie singgah membeli pizza di Anakdol Pizza Jerantut ni selepas balik dari bawa kereta untuk inspection sebelum jual kereta di Carsome pada 4 November 2023 yang lepas. 

Masa kali pertama dulu tak banyak sangat menu. Masa berlalu pantas sekarang ni banyak sangat menu yang ada di Anakdol Pizza Jerantut ni. Lain kali nanti nak datang makan pula kat sini. Masa ni kami take away je sebab si kakak Raisha tak ikut pergi Temerloh dia ada kelas tambahan UPKK.

Cie take away pizza, mushroom soup dan garlic bread je. Masa nak tunggu pizza tu siap beli jugak la air apple hulk tu pun sedap. Masa menunggu agak lama jugak sebab proses nak masak pizza tu mereka gunakan kayu api. Tapi tempat masak tu moden jugak la. Cuma mereka gunakan kayu api je bukan gas seperti kebiasaan tu.

Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Banyak flavour pizza yang kita boleh pilih. Cie beli pizza 4 benua yang ada 4 flavour campur. So boleh rasa semua. Best seller pizza mereka ni Pizza Sambal Hitam. Lain dari yang lain kan. Lepas tu ada pizza sambal petai la, daging salai la. Macam-macam flavour citarasa melayu.

Anakdol Pizza Jerantut
kedai pizza ni agak luas juga


Anakdol Pizza Jerantut
yang bulat tu tempat mereka bakar pizza

Menu Anakdol Pizza Jerantut

Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Anakdol Pizza Jerantut


Memang banyak betul menu kat Anakdol Pizza Jerantut ni. Rambang mata ni taktau nak makan apa kan. InsyaAllah ada masa nanti nak dine in pulak kat sana. Nak try menu lain pulak semua nampak menyelerakan. 

Pizza kat Anakdol ni memang sedap. Walaupun dah sejuk dan beberapa jam berlalu pun masih lembut. Pizza tu banyak ada la sikit tak habis bila makan waktu malam tu masih lembut. Tak keras macam brand lain tu.

Harapnya Anakdol Pizza ni dapat la buka cawangan kat daerah lain juga. Menu yang disediakan pun sesuai untuk seisi keluarga. Setaraf brand antarabangsa dah pun. Sekarang pulak kita boikot brand lain tu kan so kena la support brand tempatan.

5 comments:

  1. Terus terasa nak makan pizza. Mana nak cari pizza anakdol tu kat sini 🤭

    ReplyDelete
  2. Hebat orang Jerantut. Dulu pernah bersekolah di Jerantut apa sahaja yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bijak orang Jerantut buat produk best. sekarang Jerantut dah semakin maju.

      Delete
  3. Rindunya Jerantut.. lama tak datang Jerantut. Last masa sekolah dulu..

    ReplyDelete