Makan Nasi Beriani Dalam Talam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 26 December 2023

Makan Nasi Beriani Dalam Talam

 Nasi Beriani Homemade

Makan Nasi Beriani Dalam Talam

Minggu ni cuti weekend 3 hari. 25 Disember 2023 cuti krismas jatuh hari Isnin. So dapat la berehat lama sikit. Hari Sabtu dan Ahad tak masak. Hari Isnin tambahan cuti krismas terus la rajinkan diri masak nasi beriani special sikit untuk family. Hari Ahad dah makan Anakdol Pizza Jerantut tu yang Isnin masak la.

Cie selalu jugak masak special untuk family kalau time rajin. Kadang-kadang nasi minyak, nasi tomato, nasi arab. Kali ni masak nasi beriani dan makan dalam talam. Biasanya makan nasi arab dalam talam 4 beranak, kali ni kita makan nasi beriani dalam talam pulak. Makan kat porch kereta je. Seronok pulak.

Cipta bahagia cara kita kan. Waktu anak-anak kecil, masih duduk dengan kita boleh la kita cipta memori manis bersama-sama. Bila makan dalam talam ni kan dapat mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW iaitu makan secara berjemaah.

Seingat Cie masa belajar kat Politeknik Johor Bharu dulu pernah buat event kat Pusat Islam poli. Tak ingat sambutan apa tapi masak-masak dan makan dalam talam. Lupa dah lama berlalu. 

Anak-anak paling seronok makan dalam talam. Berebut-rebut makan mujur tak berlaga kepala je sebab tunduk masa nak suap makanan. Hihi. Makan pulak bersila atas tikar. Best la cipta memori indah sekeluarga. Nanti ada masa kita buat lagi makan nasi beriani dalam talam.

Cie tak kongsikan resepi sebabnya Cie selalu masak main hentam je resepi. Nasi beriani, ayam bakar, kari kambing, acar timun dan papadom. Masak sendiri puas makan ikut selera kita.




2 comments: