Kek Pisang Samudra - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 28 January 2024

Kek Pisang Samudra

Kek Pisang Samudra

Masa sakit pembedahan gigi geraham bongsu tu Cie kena makan makanan yang lembut je. Masa tu memang makan bubur nasi jela. Lepas tu kalau lapar makan biskut cicah air. Kena bagi lembut so tak perlu kunyah. Memang sentiasa lapar jela.


Cie whatsapp la husband masa dia pergi kerja mintak belikan kek pisang Samudra atau kek chocolate moist Samudra. Siap share gambar kat husband supaya mudah untuk dia cari. Cie pun menunggu la dengan bayangan sedap la nanti makan kek. Masa sakit macam-macam rasa nak makan.


Sangkaan ku meleset ye. Hahahah. Petang tu husband bawak balik tapi bukan seperti yang dipesan. Adoi la suami ku. Boleh pulak dia beli yang iras-iras je. Katanya takde yang diminta tu. Cie pulak tak pesan kalau takde tak payah beli. 


produk samudra
kek buah ni memang semua tak minat

produk samudra
biskut ni keras memang tak boleh makan


Kek buah tu husband bawak ke surau. Anak-anak pun tak makan kek tu. Cie memang paling tak minat kek buah. Memang tak pernah beli pun. Selalu beli kek pisang Samudra ni je. Brand lain pun tak sesedap yang Samudra ni. Dah pernah beli dulu brand lain tak sedap. 


Kek pisang Samudra ni rasa dia memang macam kita buat sendiri kat rumah. Kek lembut, rasa pisang. Memang sedap la. Kalau yang brand lain tu kekadang rasa esen pisang je yang kuat. 


Kek Pisang Samudra


Semalam pergi beli barang dapur terus la ambil seketul ni masukkan dalam troli. Ambil juga seketul kek chocolate moist tu. Kek chocolate moist tu dah habis makan semalam. Kek pisang Samudra baru hari ni potong dan makan. Alhamdulillah dapat jugak. 


produk samudra




Produk Samudra ni memang ada banyak jenis. Masa anak sulung kecik dulu dia suka makan bahulu Samudra. Sepeket tu boleh dia hadap sorang je makan. Lembut betul bahulu dia budak-budak memang suka.


Kek Pisang Samudra


8 comments:

  1. Terbalik dgn saya. Saya suka kek buah. Kek pisang agak kureng sikit.. tapi sbb kat oberseas, itu je yg halal di cafe2 mereka. Maka lama2 terbiasa dan jd menu breakfast bila tak sempat bwk bekal. Nt nk try la samudera ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla kenapa tak minat kek buah. rasanya macam pelik.

      Delete
  2. saya pun tak berapa suka kek buah, nak2 kalau ada letak sekali buah ceri. tapi kek pisang samudra tu memang sedap. cuma kalau makan kerap memang muaklah jugak..cepat sihat ye cie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa pelik kan kek buah tu. Alhamdulillah dah ok.

      Delete
  3. sedapnya, lama mama x makan kek pidang. tgk gambar tu tetiba terigin plak

    ReplyDelete