Kek Tapak Kuda ni lama dah viral. Biasa la benda viral ramai orang nak try tapi tidak bagi Cie. Hihihi. Selalunya benda dah suam-suam kuku baru la Cie cari. Tapi tak semua pun. Ada jugak yang tak terasa pun nak mencuba.
Cie pun tak ingat bila Kek Tapak Kuda ni viral. Tahun lepas masa ada meeting kat Hospital Bera ada jugak rasa Kek Tapak Kuda ni. Sedap jugak yang tu. Tapi tak sure flavour apa. Masa tu la pertama kali Cie makan Kek Tapak Kuda. Tapi takde rasa nak mencari pun. Dah rasa cukup la.
Sampai la viral semula sekarang ni. Nampak ada yang post kat Facebook. Ada jugak kedai vendor makanan kat Lipis ni yang jual tapi cepat sangat habis. Cie pergi hari tu tinggal yang pandan je. Teringin tengok tu yang cari jugak.
Kebetulan staf forward kat group whatsapp unit dia tanya kot ada yang nak join order. Cie pun masuk la order 1 nak try. Ada flavour Nutella Crunchy, Nutella Matcha Crunchy, Nutella Strawberry Crunchy. Saiz 8 inci RM20. Semua yang crunchy. Cie order Nutella Crunchy. Khamis baru ni dapat.
Adik Rania suka makan berkeping-keping dia makan. Kakak Raisha tak suka sangat makan Kek Tapak Kuda tu. Bagi Cie kek dia sedap dah cuma yang crunchy tu Cie tak suka sangat. Lagi suka inti yang melting tu macam yang Cie makan sebelum ni. Crunchy tu sedap je cuma macam tak kena makan dengan kek tu.
Selera orang lain-lain kan. Nanti nak cari yang biasa je pulak. Inti cair tu bila makan ngam je bila kunyah. Tak boleh jugak nak makan selalu sebabnya manis. Jarang-jarang boleh la sekali sekala.
Macam tapak kuda bila potong |
Kreatif baker boleh cipta kek tapak kuda. Kek ni macam swiss roll tu je. Pernah la belajar dan buat masa sekolah di Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh (sekarang dipanggil Kolej Vokasional). Rasanya sama je tu bahannya cuma swiss roll tu sapu inti lepas tu gulung. Masa kat sekolah je buat lepas tu tak practice dah pun. Hihi. Tapi resepi ada je lagi simpan dalam kotak walaupun dah 23 tahun berlalu.
Teringin nak cuba tapi rata-rata yg review kata manis..akak bab manis2 ni seriau skit nak mencuba...
ReplyDeleteYe kak memang manis. Kalau kenal bakers tu mungkin boleh request kurang manis.
Deletesana sini kak ana tengok orang duk share, belum pernah try lagi, teringin gak nak makan lanjer kak ana Cie hehe :)
ReplyDeleteMeh datang Lipis kak, Cie belanja 😬
DeleteTak pernah try lagi
ReplyDeleteSama je dengan swiss roll tu je.
Delete