Makan Malam Di Kedai Selera Kelate - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 30 January 2024

Makan Malam Di Kedai Selera Kelate

 Selera Kelate di Kuala Lipis

Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Petang semalam dah pukul 6 lebih husband whatsapp tanya dah masak ke belum. Maka si isteri pun jawab tinggal nak suap ke mulut je. Hahaha. Husband kata tak sempat nak whatsapp. Nak ajak makan luar la agaknya. Dah terlambat Cie dah masak pun.


Maka hari ni kita tuntut la semula. Hahaah. Anak-anak cakap jom la makan kat Selera Kelate. Kat Lipis pun ada kedai makan Selera Kelate ye. Makanan dia semuanya best.


Kedai ni buka dari pagi ada pelbagai menu sarapan pagi. Tapi belum pernah lagi makan sarapan kat situ. Makan malam bungkus dah banyak kali. Malam ni baru la cuba makan kat situ dah alang-alang nak keluar cari baju Kakak Raisha nak sukaneka kat sekolah Jumat ni.


Cie makan nasi goreng kerabu, husband makan nasi goreng ayam dan kami tambah telur dadar sebiji sorang. Anak-anak pulak makan kerabu maggi sepinggan sorang. Biasa la anak-anak makan maggi, udang, sotong je. Sayur tak makan. Keropok goreng pun husband order. Banyak betul order. 


Harga makanan taktau pulak berapa lupa nak tanya husband. Standard je kot kedai makan. Sekarang pulak takde apa yang murah.


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Lepas dah siap makan cepat-cepat kami terus ke kedai baju. Takut tutup pulak. Mula-mula pergi ke PasarayaKu baju corak cartoon pulak warna purple. Lepas tu cari kat Ten Ten jumpa la tshirt lengan panjang purple tapi light purple je. Boleh la asalkan ada. 

22 comments:

  1. memang mengundang betul baca entri ni waktu malam. adoi lapar terus

    ReplyDelete
  2. fuh.. sedapnya.. kalau sy ke semenanjung mmg nk enjoy mkn je... mkn mcm ni pun dh puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye SM memang ada kepelbagaian hidangan makanan.

      Delete
  3. ya Allah sedap sungguh makanannya.. nikmat mana yang kita ingin dustakan..

    ReplyDelete
  4. Cantik nasi gorengnya. Nampak lembap-lembap macam nasi goreng cina.

    ReplyDelete
  5. Sedap² belaka pilihan masing-masing tu ...

    ReplyDelete
  6. kerabu maggi tu nampak sedap betul..pandai anak2 cie makan kerabu maggi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap bahan meriah. ada udang, sotong, isi ayam, sayur2. dorg makan maggi, sotong & udang je. hiihi

      Delete
  7. lama tk buat kerabu maggi....sedap nmpk menu2 tu

    ReplyDelete
  8. Gambar food yang atas sekali tu buat terliur tengok hehehee

    ReplyDelete
  9. Kerabu maggie tu nampak sedap betul . Kalau portion dalam tu banyak memang kenyang perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kuah dia pun pekat. memang banyak portion dia.

      Delete
  10. semua makanan sedap2. mama suka kerabu maggi

    ReplyDelete