Selera Kelate di Kuala Lipis

Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Petang semalam dah pukul 6 lebih husband whatsapp tanya dah masak ke belum. Maka si isteri pun jawab tinggal nak suap ke mulut je. Hahaha. Husband kata tak sempat nak whatsapp. Nak ajak makan luar la agaknya. Dah terlambat Cie dah masak pun.


Maka hari ni kita tuntut la semula. Hahaah. Anak-anak cakap jom la makan kat Selera Kelate. Kat Lipis pun ada kedai makan Selera Kelate ye. Makanan dia semuanya best.


Kedai ni buka dari pagi ada pelbagai menu sarapan pagi. Tapi belum pernah lagi makan sarapan kat situ. Makan malam bungkus dah banyak kali. Malam ni baru la cuba makan kat situ dah alang-alang nak keluar cari baju Kakak Raisha nak sukaneka kat sekolah Jumat ni.


Cie makan nasi goreng kerabu, husband makan nasi goreng ayam dan kami tambah telur dadar sebiji sorang. Anak-anak pulak makan kerabu maggi sepinggan sorang. Biasa la anak-anak makan maggi, udang, sotong je. Sayur tak makan. Keropok goreng pun husband order. Banyak betul order. 


Harga makanan taktau pulak berapa lupa nak tanya husband. Standard je kot kedai makan. Sekarang pulak takde apa yang murah.


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Makan Malam Di Kedai Selera Kelate


Lepas dah siap makan cepat-cepat kami terus ke kedai baju. Takut tutup pulak. Mula-mula pergi ke PasarayaKu baju corak cartoon pulak warna purple. Lepas tu cari kat Ten Ten jumpa la tshirt lengan panjang purple tapi light purple je. Boleh la asalkan ada.