Kali ni nak share menu dinner untuk 26 hingga 29 Oktober 2026. 4 hari je masak, selebihnya ada makan di kedai rasanya.
26 Oktober 2026
Untuk 26 Oktober yang lepas Cie masak ayam masak tempoyak, sambal ikan bilis goreng belimbing rebus, ikan masin goreng dan taugeh goreng.
27 Oktober 2026
Cie masak udang goreng berlado. Tapi versi yang kering je. Pertama kali juga Cie buat berlado tu. Tak la pedas sangat.
Sup ayam pun Cie masak jugak. Cendawan tiram Cie letak dalam sup sikit dan buat cendawan celup tepung bestari sikit. Ulam timun dan sambal tempoyak pun ada.
28 Oktober 2026
Ayam lagi menu dinner Cie. Kali ni Cie cuba masak lain sikit dari kebiasaan. Cie buat ayam goreng sos kicap karamel. Anak-anak cakap sedap.
Menu dinner 28 Oktober ni Cie masak ayam je. Lauk tambahan Cie buat kentang goreng ikan bilis berlado. Sedap menu macam ni. Sayur Cie potong timun je dan sambal tempoyak.
29 Oktober 2026
Dah hujung-hujung minggu malas betul nak masak. Tanya anak-anak boleh ke ibu masak mi segera goreng je. Anak-anak cakap boleh je.
Mulanya nak singgah kedai je tapau. Faiz takde jadi kami dinner 3 beranak je. Malas pulak jemu dah taktau nak tapau kedai mana. Tu yang masak mi segera goreng, telur mata, timun, cili potong. Licin kami makan.
Ni saja la perkongsian menu dinner Cie minggu akhir Oktober. Masuk minggu November nanti Cie share lagi menu dinner.






0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.