Mee Sup - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 21 January 2024

Mee Sup

 Menu Makan Malam

Mee Sup


Hari ni seharian off kitchen, so menu makan malam kena la masak. Jemu dah taktau nak makan apa. Pagi tadi pergi beli barang dapur terus la beli bahan mee sup. Ada juga bahan yang dah ada.


Cie masak mee sup memang simple je. Bahan pun sikit je. Tak guna rempah sup pun. Rempah yang ada tu dah expired bulan 1. Selamat dah masuk tong sampah. Tumis apa yang ada jela.


Resipi Mee Sup

Bahan-bahan Mee Sup

Mee kuning (Cie guna mee gardenia) celur sekejap
Ayam (boleh campur isi dan tulang)
1 keping fish cake hiris
8 biji fish ball hiris
1 sudu besar bawang putih blend
1 sudu besar bawang besar blend
Sedikit minyak
Bahan perasa

Sawi bunga potong celur sekejap
Taugeh celur sekejap
Daun sup potong
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara Membuat Mee Sup

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang blend sehingga garing. Masukkan sedikit air.
  2. Masukkan ayam biarkan ia masak seketika. Tambah lagi air untuk dijadikan sup.
  3. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Masukkan bahan perasa.
  4. Sesuaikan rasa. Bila semua dah ok masukkan fish cake dan fish ball. Biarkan hingga masak. Siap.

Mee sup
Taugeh dan sawi celur sekejap, limau kasturi wajib ada, daun sup


Mee sup
Sup ayam meriah dengan fish cake dan fish ball


Mee sup
Mee gardenia celur sikit



Bawang goreng dan sambal kicap tu Cie memang buat stok. Senang nak makan bila-bila je. Cie makan dengan cili jeruk juga memang ngam teruk tau. Sedap betul.

Mee sup
Memang ada stok dalam peti sejuk


Cie share juga la resipi sambal kicap. Memang simple dan senang betul nak buat.

Resipi Sambal Kicap

Bahan-bahan Sambal Kicap

Cili padi
Bawang merah kecil hiris
Minyak masak
Kicap

Cara Membuat Sambal Kicap

  1. Panaskan sedikit minyak gorengkan cili padi dan bawang merah hingga layu.
  2. Toskan cili dan bawang, kemudian masukkan ke dalam blender.
  3. Masukkan kicap dan blend sampai semua hancur.
  4. Siap

Boleh simpan sambal kicap dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk memang tahan lama. Nak makan dengan apa pun boleh. Dengan aneka jenis sup, dengan pisang goreng. 


Kalau masak mee sup ni pun anak-anak menambah. Berselera betul makan mee sup yang ibu masak. Hihihi

18 comments:

  1. Sedap ni Cie. PH simpan dulu menu ni utk kegunaan masa depan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 menu paling simple time takde idea nak masak apa. hihih

      Delete
  2. Paling simple dan sedap di makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul time takde idea nak masak mee sup la paling senang.

      Delete
  3. sambal kicap dh ada stok tu senang...anytime nk mkn trus amik kan...yum22 mee sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah senang bila2 nak makan ambil je dalam fridge tu.

      Delete
  4. Ya allah mee sup gini yang paling suka...tak suka yang berempah tu. Terliur la pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye yang simple gini sedap. bertambah2 anak2 makan.

      Delete
  5. Yang simple macamni memang sedap...

    ReplyDelete
  6. Mudah.. Senang.. Bila makan pun sedap.. kena lak yg kicap sambal dia padu mmg bertambah2 la makan hihii :D

    ReplyDelete
  7. sedapnya!! MZ punya style plak., biasanya akan letak ayam, daging, udg atau pun sotong, mana2 yg ada/sempat beli laaa..selain fishball/fishcake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mana yang ada je. Ada jugak buat mee sup daging. Udang sotong biasa buat tomyam.

      Delete
  8. Memang meriah kuah supnya tu, siap ada ayam, fish cake dan fish ball.

    ReplyDelete