Sarapan Bihun Goreng Sebelum MOS - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Selasa, 23 Januari 2024

Sarapan Bihun Goreng Sebelum MOS

 MINOR ORAL SURGERY (MOS)

Sarapan Bihun Goreng Sebelum MOS

Tibalah hari yang dinanti 23 Januari 2024 9.30am Cie akan menjalani Minor Oral Surgery (MOS) gigi geraham bongsu sebelah kiri. Perasaan berdebar-debar tu memang ada sebab dah ada pengalaman pertama dulu dah pernah MOS gigi geraham bongsu kanan.


Bila dah ada pengalaman ni debaran tu kurang la cuma teringat memori lama tu la yang seram. Pagi ni kena sarapan siap-siap. Sebab nanti lepas MOS tu tak boleh nak mengunyah. Kena makan soft diet je. Masa hari pertama makan bubur nasi blend halus sedut dengan straw. Memang seksa la juga.


So kali ni makan kenyang-kenyang sebelum serah diri kat Jabatan Bedah Mulut tu kang. Masak bekal anak bihun goreng terus bekal sekali ibu. Siap bancuh indocafe ais tadi. Hihi. Macam makan makanan kedai dah ni. Lepas makan terus buang je ni.


Cie masuk office dulu settle kerja sikit. Sambil buat kerja sambil makan la ni. Nanti dah lepas makan terus buang. Tu yang letak dalam bekas tapau je. 


Semoga dipermudahkan urusan Cie pagi ni. Lancar perjalanan MOS pagi ni. Semoga dikurangkan kesakitan. Aamiin.


sarapan bihun goreng sebelum mos





32 ulasan:

  1. Amaaa.. seram kalau cerita pasal gigi ni tau, Cie. Macammana, semoga dah bertambah baik keadaannya ya.. insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ke3 dah hari ni alhamdulillah bertambah baik. Aamiin. Terima kasih 😊

      Padam
  2. seram kan adoii sbut klinik gigi je
    ciknur pun nk kena jga ni sb gg patah hati tu. tp mengigil rasaaa

    BalasPadam
  3. moga dipermudahkan urusan ye Cie..cepat sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh kenapa plk la jadi anonymous...
      Afzan Sidi

      Padam
  4. semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh ya Cie...Linda takde pengalaman buat minor surgeri apa pun lagi setakat nie...
    dulu pernah kena diagnos "mastisis - air susu tersumbat smpai jadi nanah", tapi alhamdulillah hilang sendri..kalau tak hilang kena korek gak, berlubang plak miss B kita kang..hahaha

    BalasPadam
  5. InsyaAllah ok semuanya tu nanti.

    BalasPadam
  6. moga dipermudahkan urusan Cie dgn gigi geraham aminnnnn

    BalasPadam
  7. kalao melibatkan gigi geraham mmg ngilu...smoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  8. Semoga cepat sembuh, Cie. Saya pun pernah merasa MOS. Bengkak pipi. Makan bubur knoww dalam cup tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih 😊. Ye Cie pun makan bubur nasi instant tu je. Hari ke3 pun masih bengkak ni.

      Padam
  9. Harap semuanya baik-baik ye Cie.
    Cie, Kak Amie hari-hari bawa bekal bihun goreng, tapi beli di warung hihihiii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih 😊. Tak jemu ke kak makan bihun hari2. Hihi

      Padam
    2. Kadang jemu juga, tapi bihun itulah yang sedap - bihun singapura. Sesekali tukar mi goreng atau nasi kuning.

      Padam
  10. Semoga cepat sembuh dan surut bengkak..

    BalasPadam
  11. Allahu makan bubur hirup pakai straw jer.. bertabah la semoag cepat sihat huhuu

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum dan salam Jumaat!
    Saya datang bawa berita!
    Jom!
    Jemput ke pos SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR

    BalasPadam
  13. MZ tak pernah MOS...semua gigi2 geraham cabut prosedur biasa jer...now tinggal berapa jer gigi geraham MZ...byk dh dh rosak dan dicabut..tinggal2 ngam2 jer utk mengunyah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geraham bongsu biasanya MOS. Tumbuh senget, tumbuh ke tepi hampir saraf dan lain2. Biasanya memang MOS. Kalau geraham memang cabut biasa.

      Padam
  14. Dah ok kan skg?. Alhamdulillah.. berlalu juga hari yg mendebarkan kan.

    BalasPadam