Pengalaman Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 4 August 2018

Pengalaman Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu

MINOR OPERATION GIGI GERAHAM BONGSU

pengalaman pembedahan kecil gigi geraham bongsu
sumber gambar google

Bila sebut operation semua orang pun ngeri. Lagi-lagi spesis yang takutkan dentist memang akan fikir nak mati je. Hahaha. Takdela teruk mana tapi bila dah takut memang akan terfikir macam-macam.

So korang jangan fikir sangat. Just tenang dan banyakkan berzikir InsyaAllah semuanya dipermudahkan. Allah uji kita dengan kesakitan dan Allah juga yang akan sembuhkan kita. So fikir positif jela ye.

Sharing tentang pengalaman pembedahan kecil gigi geraham bongsu ni agak panjang. Maybe bermanfaat untuk korang yang ada masalah yang sama. Selamat membaca ye.

Sebenarnya ni bukan kali pertama sakit gigi geraham bongsu ni. Dah beberapa tahun dah pernah sakit tapi tak lama. Sakit seminggu macam tu lepas tu ok. Pernah check up kat Klinik Pergigian katanya tak boleh nak cabut sebab takde alat sebab gigi tu tumbuh ke tepi sangat. Masa tu belum ada Jabatan Bedah Mulut kat Hospital Kuala Lipis. Pernah jugak pergi ke klinik swasta kat Kuala Lipis, dentist klinik tu bagi antibiotik suruh habiskan seminggu then after seminggu dia suruh datang semula untuk cabut tapi disebabkan takut maka tak pergi. 

Sehingga la tahun ni macam sakit terlalu lama tu yang terpaksa menyerah diri juga. Daripada gigi tu nanti rosak lagi azab kan better cabut jela terus sebelum keadaan bertambah buruk.

10/7/2018
Masa ni dah sakit so terus ke Klinik Pergigian Kuala Lipis untuk check up. Masa tu ingatkan boleh cabut terus je. Dentist just bagi preskipsi ubat untuk ambil kat farmasi hospital. Dentist kata makan ubat dulu then kalau sakit lagi baru datang semula. Cie pun teruskan makan ubat sampai habis. Tapi sakit masih tak berkurang langsung.

16/7/2018
Kali ni datang lagi ke Klinik Pergigian Kuala Lipis untuk check up lagi sekali. Kali ni dentist suruh pergi xray dulu kat hospital. Lepas xray datang semula klinik then dentist kata tak boleh cabut biasa dan kena refer Jabatan Bedah Mulut nanti mereka set temujanji. Sebab gigi geraham bongsu tu terlalu hampir dengan saraf so memang tak boleh cabut secara biasa.

Sakit memang masih ada. Makan pun terpaksa kunyah sebelah je. Bila dapat temujanji tengok date lambat lagi 29/8/2018. Kira-kira lagi sebulan lebih. Masa tu sakit dah agak berkurang selama seminggu je. 

Selepas seminggu, pada 27/8/2018 sakit menyerang kembali. Memang kali ni nekad nak ke Jabatan Bedah Mulut untuk tukar date. Pada 30/7/2018 terus datang ke JBM untuk tukar date sebab tak tahan sangat dah. Nasib la kerja hospital kan so mudah la sikit urusan. So mereka just ambil nombor extension untuk mereka call bagi date baru. Pada 31/7/2018 pihak JBM ada call untuk bagi date 2/8/2018. Alhamdulillah lega rasa.

2/8/2018 
Cie pun pergi la ke JBM. Tak terfikir pun akan buat operation terus on 2/8 tu. Ingatkan dentist tengok xray then set appointment lain untuk buat operation. Sangkaan ku meleset sama sekali.

Settle daftar kat kaunter then kena panggil masuk. Dentist indian check gigi then dia terangkan lah apa yang mereka akan buat dan dia tunjuk xray film tu. Katanya memang kena cabut kedua-dua belah walaupun sebelah je sakit. In future yang sebelah kiri tak sakit ni pun akan sakit. So dia suggest untuk cabut 4 batang gigi. Bila dengar kata 4 batang gigi tu rasanya tak tertelan air liur. Punya l takut dan risau semua ada.

Kenapa banyak sangat sampai 4 batang walaupun gigi bawah je yang sakit? Gigi geraham bongsu tu bila dicabut tempatnya akan kosong dibawah maka gigi yang atas tadi lama kelamaan akan turun ke bawah dan akan mengambil tempat geraham bongsu yang bawah dan akan mendatangkan masalah juga nanti. So yang sebelah kanan 2 batang. Yang sebelah kiri pun sama juga.

Dentist indian ni terangkan details la semua apa effect yang akan berlaku selepas operation tapi tuhla bila perasaan takut menghantui diri maka dah tak ingat dah apa dentist tu cakap. Tak masuk kepala. Yang ada difikiran cuma ketakutan saja. Dentist akan tanya kita pernah masuk wad ke tak? Pernah operation ke tak? Alergik ubat ke tak dan beberapa soalan lain la. So jawab jela dengan tenang.

Lepas tu baru dentist indian ni panggil lagi sorang dentist yang akan buat pembedahan kecil gigi geraham bongsu.

Dentist yang akan buat operation ni pun terangkan benda yang sama. Tapi permulaan ni akan operate 2 batang gigi yang sakit tu jela dulu atas dan bawah. Next baru yang sebelah kiri. Dentist malay ni kata terus buat je on that day.

Lepas dentist dah terangkan details tadi kita kena sign borang setuju untuk buat minor operation.

So bermula la episod berdebar-debar. Laju jantung berdegup. Macam-macam la bermain kat fikiran ni. 

If kita pakai tudung nanti kena masukkan ke dalam sikit kita punya tudung. Next kena baring la atas kerusi untuk cabut gigi tu. Dentist bagi kumur dengan antiseptic mouth rinse dulu dalam 1/2 minit camtu.

Dentist akan tutup mata kita guna kain. Kain tu dia letak bawah kepala then balut tutup mata. Atas badan kita dia akan letakkan kain juga. So memang tak nampak la apa dentist tu buat kat kita. Kalau nampak kang lagi takut kan. So pejam jela mata sepanjang operation tu.


pengalaman pembedahan kecil gigi geraham bongsu
sumber gambar google


Dentist sapukan ubat cecair kat sekeliling mulut sampai ke dagu dan pipi. Tak sure nama ubat tu apa dan tujuan untuk apa. Rasa macam warna kuning, macam ubat luka yang warna kuning tu. Maybe sebab takut terluka sewaktu operation berjalan kot. Rasanya la sebab tak dengar sangat telinga dah tutup dengan anak tudung, tudung dan kain balut tutup mata tu so tak perasan sangat dentist kata nama ubat tu. 3 layer jugak dia sapu rasa sejuk je. Ubat jenis cecair kan sejuk la rasa.

Lepas tu dentist bius dalam mulut. Masa cucuk tu ada la juga rasa macam kena gigit semut. Lepas kita dah rasa kebas tu baru la dentist nak cabut gigi. Agak susah juga nak cabut. Mula-mula cabut biasa tapi tak lepas. Lepas tu guna drill 3 kali kalau tak silap. Juga tak berjaya keluar. Masa drill tu bunyi bising juga la begegar kepala. 

Seterusnya guna forcep (tak pasti rasanya betul la nama ni sebab tak berapa dengar masa dentist sebut tu). Guna forcep ni 2 kali baru berjaya. Masa guna forcep ni memang agak azab sikit. Masa tu hanya berzikir ingat Allah je. Assistant dentist terpaksa pegang kepala sebab memang kepala kita akan berpusing dan bergoyang masa procedure guna forcep tu. Dagu kita pun akan dipegang. Akhirnya berjaya juga dicabut keluar. Lepas tu dentist jahit sikit. Masa jahit tu tak sakit cuma dengar dentist gunting benang je.

Next nak cabut gigi atas pulak. Atas pun kena bius jugak. Agak sakit masa kena cucuk tu. Yang atas ni tak susah sangat. Sekejap je dah terkeluar. Lepas dah settle tu lega rasa. Cuma azab selepas la kena hadap pulak. Lepas tu dentist letak kapas dalam mulut kat tempat cabut tadi la. Sejam lebih juga operation untuk 2 batang gigi.

Memang tak boleh bercakap la rasa nak muntah pun ada kapas duk dalam mulut. 

Sebelum cabut gigi bawah kita kena gigit ada sejenis benda lembut je so takde la kita kena nganga sendiri. Masa nak cabut gigi atas kena nganga sendiri jela sebab senang dentist nak cabut.

Lepas dah settle semua dentist bersihkan ubat yang dah disapu kat sekeliling mulut tadi. Katanya ok takde apa-apa luka. Memang kena robek betul mulut ku. Masa dentist nak buka balutan mata tu kita jangan buka mata terus. Kena pejam dulu. Bila kerusi dah ditegakkan baru buka mata perlahan-lahan. 

Jangan bangun dulu lepas tu kena relax je sebab takut kita pening. Bila dah rasa ok baru bangun. Dentist akan bagi slip MC 3 hari, bagi preskripsi ubat untuk ambil kat farmasi dan kapas untuk letak kat dalam mulut.

So settle dah cabut 2 batang gigi. Cie tak boleh nak share apa kesan selepas operation ni sebab tak masuk kepala masa dentist terangkan tu. Yang pasti hari kedua bangun tidur baru perasan muka dah start bengkak sebelah bahagian yang operate tu. 

Cie ada muntah juga 2 kali selepas cabut tu. 1 kali masa kat tandas office. 1 kali masa kat rumah. Muntahkan air liur jela sebab nak meludah sakit tu yang rasa loya sebab kapas ada dalam mulut. Dah agak ok Cie buang je kapas tu. Bila nak letak kapas lain rasa sakit dan rasa nak muntah so terus tak letak. Nasib baik pendarahan takde sangat dah.

Kena makan benda yang lembut sahaja seperti bubur nasi. Kena minum pakai straw. Berkumur pun tak boleh. Seminggu lagi kena datang semula untuk buang jahitan. Selepas pembedahan tu dentist suruh terus makan sementara ubat bius masih ada. Bila ubat bius dah habis nanti susah sikit nak makan sebab sakit. So sebelum balik rumah Cie minta husband belikan bubur nasi kat marry brown.

Tak selera nak makan. Ada la 2-3 sudu je makan buat alas perut je. Sebelah malam pulak just blend je bubur nasi marry brown tu sebab rugi pulak rencah-rencah dalam tu tak boleh nak kunyah. Bila blend pun tak lalu nak makan. Sikit je boleh makan. Duk layan sakit memang tak lalu nak makan.

Hari pertama pembedahan gigi geraham bongsu tu memang sehari tak bercakap. Nak mintak apa-apa kat husband dan anak kena tulis atau taip whatsapp je. Anak-anak duk risau kenapa ibu tak bercakap. Hari kedua baru boleh bercakap tapi perlahan jela.

So ini sahaja lah perkongsian Cie tentang pengalaman pembedahan kecil gigi geraham bongsu. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza.


SUPLEMEN YANG SESUAI DIAMBIL SELEPAS PEMBEDAHAN GIGI

VIVIX SHAKLEE

Selepas pembedahan tu memang akan rasa sakit selepas 2 jam ubat bius tu dah hilang. Nak tidur pun tak boleh la berdenyut-denyut je. Malam sebelum tidur Cie bancuh sikit Vivix dengan air sejuk lepas tu Cie minum. Alhamdulillah Cie boleh tidur sampai siang. Takde rasa berdenyut. Vivix ni bertindak membaiki DNA pada peringkat sel lagi.

VITAMIN C

Vitamin C membantu menguatkan sistem imun kita. Ada sesetengah orang yang tak mempunyai antibodi yang kuat mereka akan demam selepas pembedahan.So untuk elak dari demam kita kena kuatkan sistem imun kita. Vitamin C ni juga akan membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas kita operate.

GARLIC

Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan bagus untuk mempertingkatkan sistem imun badan kita untuk menghalang penyakit dan melawan bakteria.

ESP SHAKLEE / CINCH SHAKE

ESP / CINCH SHAKE membantu memberi rasa kenyang berpanjangan. Selepas operation kita akan mengalami kesukaran untuk makan dan tiada selera makan. So ESP / CINCH SHAKE yang mengandungi protein ni akan memberi rasa kenyang kepada kita serta ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.




*Kalau ada terms yang salah tu mohon maaf la ye.

No comments:

Post a Comment