Sarapan Pagi Di Kopi Stesen 27 September 2026

Pagi ni nak keluar beli barang dapur terus sarapan di kedai je. Lepas Cie iron baju kerja terus suruh anak-anak bersiap. Adik Rania nak makan di Kopi Stesen. Kalau keluar lambat selalunya full house. Rezeki kami sampai ada 1 meja kosong. 


Bila full house kena bertabah jela kalau service slow. Malas nak bangun cari kedai lain dah. Lambat juga ambil order. Pekerja yang kat service area sorang je. Dia la ambil order, hantar makanan dan kemas meja. 

Kami order teh o ais 2, kopi o ais 1 dan kopi 1. Makanan kami order roti bakar 2 set, roti jantan 1, nasi lemak ayam 1, telur separuh masak 1.







Nasi lemak sampai 9.03am, air sampai 9.08am. Roti paling lambat sampai. Nasi lemak dah habis makan pun, roti tak sampai lagi. Cie dan Faiz habiskan nasi lemak adik Rania, tak habis dia makan. Sambal macam tawar, rasa pedas je ada. 

Roti bakar, telur masak separuh, roti jantan sampai 9.25am. Cie snap gambar jadi tau la pukul berapa setiap makanan tu sampai. 

Cie suka kedai makanan konsep kopitiam gini. Kat Lipis ni takde pilihan kalau kopitiam ni kat Kopi Stesen jela. 

Siap makan dalam 10 minit je kami terus gerak ke TF Valuemart. Kalau nak restock barang rumah dalam kuantiti banyak kami akan ke TF je. Setakat lauk dan sayur kami akan beli di BS Freshmart je. Tu jela rutin mingguan. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Kalau full house tapi pekerja seorang memang kena banyak bersabar 😅 Mujur menu sarapan yang diorder nampak sedap. Roti jantan tu yang buat curious, macam menarik je namanya!

    BalasPadam
  2. Nampak sedap bikin laar la pulak tengok kopi & roti tu Cie...Lama dia menguli tepung buat roti tu🤭🤭

    BalasPadam
  3. Makannya kejap je ye, nak tunggu makanan tu yg lama.
    Tergoda tengok kopi tu!

    BalasPadam
  4. Wah..tergoda dengan gambar. Saya baru balik dari k.lipis, ada ternampak kedai ni tapi tak singgah.

    BalasPadam
  5. Nampak sedap menu roti bakar dengan telur separuh masak tu Cie, memang padu layan dengan kopi o ais pagi-pagi! Dekat Lipis kalau nak suasana kopitiam memang Kopi Stesen jela kan tempat tumpuan.

    BalasPadam
  6. Roti jantan tu camne ye. Nampak mcm roti titap je ada telur separuh masak dgn kaya

    BalasPadam
  7. Mesti ramai yang order roti.. sebab lambat..
    Linda tang menunggu order ni, boleh jadi baran juga.. jadi, kalau waktu tu rasa mcm tak boleh bersabar, moh jela kita ke tempat lain..

    BalasPadam
  8. Minggu lepas sarapan di situ juga.. tapi rasanya byk menu dah tak ada.. kan?

    BalasPadam
  9. kesiannya pekerja tu kena kerja sorang.

    BalasPadam
  10. Kalau staff sedikit, memang pasrah saja makanan lama datang yaaa. Saya biasanya sabaaaar sangat kalau bab makanan lama sampai. Tapi hrs sedap 🤣🤣. Kalau tak sedap, memang bad mood dibuat 😄

    BalasPadam
  11. Lorrrr.... sambal pedas takde rasa...
    Sayang laaa

    BalasPadam
  12. Roti bakar tu memang mengundang selera sangat, lambat pulak sampai nya ya Cie

    BalasPadam
  13. masa ni beday adli, masa ni weols makan di oldtown whitecoffee, sama vibes tmpt makan kita cie.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.