Peperiksaan UPKK 2023 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 16 January 2024

Peperiksaan UPKK 2023

 Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK 2023

Peperiksaan UPKK 2023

Hari ni bermula la Peperiksaan UPKK 2023 sehingga 23 Januari 2024. Minggu ni 3 hari 16 Januari 2023 hingga 18 Januari 2024. Manakala minggu depan ada lagi 2 hari peperiksaan 22 hingga 23 Januari 2024.


Ibu yang berdebar anak sulung ibu Syafiyah Raisha menduduki Peperiksaan UPKK 2023 tahun ni. Anak ibu tenang je. Bila tanya boleh jawab ke, katanya senang je. 


Sekarang takde peperiksaan besar macam UPSR tu. Kiranya UPKK ni la jadi peperiksaan besar untuk anak-anak tahun 5. Merasa la juga menghadapi peperiksaan besar. Zaman ibu dulu takde peperiksaan UPKK ni.


Bermula tahun lepas boleh kata tersangat banyak la kelas tambahan yang ustazah buat untuk anak-anak tahun 5. Boleh kata setiap minggu ada kelas. Ada kem motivasi juga. Ada kem yang kena bermalam kat KAFA.


Memang ustazah all out betul sanggup korbankan masa cuti, masa rehat demi untuk curahkan ilmu pada anak-anak. Kita pulak tengok nampak macam penat. Semoga segala pengorbanan ustazah-ustazah terbalas dengan kejayaan semua pelajar.


Semoga dipermudahkan anak ibu Syafiyah Raisha untuk menjawab peperiksaan UPKK. Semoga kakak dapat jawab dengan tenang dan lancar. Semoga kakak diberi kesihatan sepanjang minggu peperiksaan.


Semoga sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang berlangsung. Selamat berjuang anak! Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kakak Raisha.

Peperiksaan UPKK 2023




10 comments:

  1. Semoga berjaya dgn cemerlang dalam peperiksaan UPKK Raisha πŸ’ͺ🏻

    ReplyDelete
  2. Linda lagi muda dr Cie lah nie... Kikiki... SebB time linda dah ad UPKK tuh... Good luck ya kakak... Semoga beroleh kejayaan... Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih 😊. Cie tua dah 40 tahun 🀣

      Delete
  3. Bittaufiq wan najah anakanda 🀲

    ReplyDelete
  4. all the best kakak for your UPKK :)

    ReplyDelete