Makan Di Kopi Chantek Jerantut - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday, 15 January 2024

Makan Di Kopi Chantek Jerantut

 Kopi Chantek Jerantut Pahang

Makan Di Kopi Chantek Jerantut

Semalam kami sekeluarga ke Temerloh. Cie dan husband ada urusan di Honda Temerloh. Kami gerak ke sana dalam pukul 11 lebih macam tu. Perjalanan dari Lipis ke Temerloh lebih kurang 2 jam je. Sampai ke Temerloh kami terus ke Honda Show Room Temerloh.


Lama juga di sana tu. Siap urusan dalam pukul 4 petang macam tu. Tak sedar je lama betul perbincangan kat situ. Mulanya plan lepas keluar dari Honda tu nak makan Old Town je tapi kena ke Bandar Temerloh. Husband macam dah malas nak ke bandar.


So Cie kata kat anak-anak takpela kita makan kat Jerantut je. Sebelum ni kalau ke Jerantut MCD jela jadi pilihan. Sejak 2 menjak ni kita pilih kedai lain la. Teringat la kedai yang kami pernah makan dulu Kopi Chantek Jerantut. So ibu ajak makan di Kopi Chantek Jerantut tu jela. Lepas solat Asar kami ke sana dalam pukul 5 petang.


Sampai je kat sana pekerja tengah susun kerusi dan meja kat luar kedai. Ingatkan belum buka sebab takde orang. Pekerja kata dah buka. Kami pun masuk. Rasanya mereka baru mula beroperasi. Kami duduk je pelayan terus bagi menu. Meriah menu kat sini harga pun berpatutan.


Kami makan di Kopi Chantek Jerantut ni rasanya kali yang ketiga dah. Makanan kat sini memenuhi selera tu yang repeat berkali-kali. Pertama kali makan dulu anak-anak kecil lagi. Tahun 2020. 4 tahun dah berlalu. Selepas tu ada lagi cuma tak share kat blog.


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
suka duduk kat kerusi tong ni menarik


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
Ada juga jual pebagai jenis kerepek


Oleh kerana kami tak lunch pun tengahari tadi maka kami pun order makanan berat terus. So malam tak dinner dah. Sebelum ke Honda Temerloh tu husband ada singgah tepi jalan beli kuih muih. Cie makan setengah ke keria gula melaka. Husband makan karipap dan anak-anak makan pisang cheese tu yang tak perasan lunch tak makan.


Sementara menunggu makanan, acara wajib kami ni ambil gambar kenangan. Anak-anak dah besar ni memang menurun ibu dah bab begambar. Babah je sejenis tak suka begambar tapi layankan juga la puteri-puteri ni. Hihihi. Dah dia sorang takde geng kan.


Makan Di Kopi Chantek Jerantut


Makan Di Kopi Chantek Jerantut


Makan Di Kopi Chantek Jerantut


Cepat je makanan sampai. Tengah asyik-asyik begambar makanan pun sampai. Kami customer pertama dan takde orang lain so cepat la. Masa kami tengah makan baru la ada customer lain mula masuk ke situ. Memang kedai ni jadi pilihan orang Jerantut.


Kami suka order set sebab ada air dan mushroom soup sekali. Senang tak perlu dah pening fikir nak minum air apa. Ada beberapa pilihan air antaranya lemon tea, peach tea, orchard tea.


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
Ibu dan kakak ice peach tea, adik ice lemon tea, babah ice orchard tea. Ais kosong dibagi je


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
Babah punya nasi goreng kampung rm12 1 set


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
Ibu punya nasi goreng cina rm12 1 set


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
adik punya creamy chicken spaghetti set rm15


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
kakak punya chicken chop set rm18


Makan Di Kopi Chantek Jerantut
tambahan wedges rm6 si adik order

Bagi Cie harga berpatutan untuk set yang ada air dan mushroom soup hanya belas ringgit je. Portion pun banyak juga. Terlebih kenyang la makan habis 1 set tu. Wedges dan air je kita bungkus bawak balik. Tak larat dah nak makan. 


Total bil kami hanya RM63 sahaja. Air kosong 1 kole tu pun free je. Takde service charge atau tax lain. Memang berbaloi makan di Kopi Chantek Jerantut ni. Kalau kedai bagi service bagus, rasa makanan sedap, harga berpatutan mesti orang akan datang lagi. Support la kedai orang Malaysia kita. Asyik support brand antarabangsa je kan.


Makan Di Kopi Chantek Jerantut

Senang je nak cari kedai ni. Bersebelahan dengan Hotel Firdaus Jerantut. Tepi jalan besar tu je. Berdepan dengan trafic light. Atau pun google je mesti jumpa.

8 comments: