Ikhwan Cafe
Anak-anak nak sarapan di
Kopi Stesen tapi tutup pulak hari ni. So kena tukar plan la. Biasa Ahad buka je. Maybe ada hal lain la tu. Babah ajak sarapan pagi di Ikhwan Cafe. Anak-anak ikut je. Mulanya ibu suggest tempat lain luar dari bandar Lipis tapi babah malas nak ke sana takut kedai tu tutup. Yela kan hari Ahad kebanyakkan kedai makan di Kuala Lipis ni tutup.
Maka nya kita follow jela plan Babah tu. Ibu kalau datang Ikhwan Cafe ni taktau nak makan apa sebab menu nya biasa saja. Pernah juga ibu hanya minum air je sebab takde menu yang ibu berkenan nak makan. Memang susah sikit bab kedai makan ni. Hiihi. Biasa la perempuan kan. So menurun kat anak-anak. Kadang-kadang Babah nya paling pening kalau nak cari kedai makan.
Hari ni ibu order roti canai sarang burung. Sedap roti dia garing. Cuma kat sini kuah dhal dia macam kureng sikit bagi tekak Cie la. Tapi makan juga la walaupun tak berapa sedap. Biasa makan roti canai sarang burung kat taman ni je kuah kari dan sambal dia sedap.
Orang tak ramai hari ni sarapan pagi di Ikhwan Cafe ni tu yang boleh order roti canai. Selalunya ramai orang so akan lambat kalau order roti canai. Ada je pelbagai menu lain macam bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak, mee segera goreng, lontong, roti bakar, kuih muih.
|
Puding Caramel kakak Raisha teringin nak makan |
|
Babah sorang je makan ni |
|
Babah punya pinggan meriah |
|
Adik Rania menu biasa nasi lemak jela dia |
|
2 beradik ni suka betul makan roti sosej |
|
Ibu punya roti canai sarang burung |
Lepas dah kenyang sarapan pagi di Ikhwan Cafe ni kita pergi beli barang dapur di BS Fresh Mart pula rutin biasa setiap minggu. Selalunya beli lauk pauk dan sayur-sayuran.
roti canai sarang burung nyum2..iqin suka tp sini dorg x buat order roti tmpal jelah
BalasPadamSini ada beberapa kedai melayu buat roti ni.
PadamMacam-macam menu sarapan ada di situ ye.
BalasPadamAlhamdulillah.
Aah hidangan buffet kecuali roti canai.
PadamYa, sayapun pergi sarapan awal pagi.
BalasPadamNampak menggoda juga dengan 2 biji telur seapruh masak.
Weekend je sarapan layankan anak. Weekdays IF. Hihi
Padamterliur pula tengok puding karamel tu
BalasPadamYe sedap anak2 suka
PadamKita pun makan nasi lemak tadi...Tapi puding caremel tu terliur ni...eh,roti sarang burung pun nampak sedap..
BalasPadamPuding tu sedap. Roti sarang pun sedap. Kuah dhal je tak kena selera.
PadamSaya ingatkan di Terengganu. Ada satu kedai nama Ikhwan tapi tak sure belakang tu ada perkataan cafe tak. Saya suka beli makanan kat situ sebab dia ala bakery tapi dah beberapa kali pergi selalu jumpa makanan yang expired siap ada kulat2 putih. Terus tak masuk dah sekarang walaupun makanan sedap
BalasPadamIkhwan ni memang ada cawangan merata sampai luar negara. Dorg ada mart, cafe, bakery dan macam2 ada.
Padamroti sarang burung tu kalau kat sini, panggil roti jantan atau roti banjir, dihidang dgn telur mata camtu dan kuah tuang sekali. lama tak makan sb kedai yg sebelah opis dah tak jual lagi
BalasPadamKalau roti jantan kat kopitiam sini roti putih bakar atasnya letak telur separuh masak dan kaya. Kalau roti tsunami pulak roti sarang ni juga tapi dia letak kuah sekali terus.
PadamTengok karipap tu pun nampak sedap haha ...tengah laparlah katakan hihi...
BalasPadamTaktau sedap ke tak husband yang makan.
Padamwahhhh puding karamel sedapppnyaaaa!
BalasPadamAah sedap puding tu.
PadamApa khabar, sedap semuannya ya
BalasPadamsedap
Padammanalah tau kalau tercampak ke kuala lipis bolehlah cuba
BalasPadamBoleh
Padampelbagai menu yang ada . semua sedap kan
BalasPadamAah ada banyak menu
Padam