Selamat Tahun Baru 2024 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 1 January 2024

Selamat Tahun Baru 2024

Tahun Baru 2024

selamat tahun baru 2024

Selamat Tahun Baru 2024 Cie ucapkan kepada semua pembaca blog Cie (macam ramai je kan. hahaha). Tahun baru ni semoga ada semangat baru nak aktif berblog semula. Tahun 2023 pun dah berapa kali tukar template. Harapnya template ni yang terakhir la buat masa ni.

Sebut je tahun baru mesti ramai pasang azam baru kan? Azam tahun lepas-lepas pun kadang-kadang tak tercapai pun kan. Hihihi. Ada jugak orang yang renew je azam setiap tahun. Ada juga yang takde azam pun. Just go with the flow je.

Cie pun takdela berazam sangat setiap tahun. Kadang-kadang ada je azam walaupun tak masuk tahun baru. Kiranya azam bukan masa masuk tahun baru je. Rasa nak berazam tu dan cuba capai. 

Macam bulan Julai tahun 2022 Cie berazam nak turunkan berat badan dengan buat Intermitten Fasting. Alhamdulillah tercapai jugak walaupun azam tengah tahun dah pun. Hahahah.

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2023

365 hari tahun 2023 berlalu dengan begitu pantas. Memang sepantas kilat betul tak sedar je berlalu. Tiba-tiba nak masuk tahun baru 2024 dah.

Macam-macam dilalui sepanjang tahun 2023. Paling diingati Cie terpaksa melepaskan kereta Kia Cerato yang dimiliki sejak tahun 2014. Banyak kenangan bersama dan banyak kereta tu memudahkan urusan Cie sekeluarga.

Tahun 2023 juga Cie mula mendaftar akaun emas Quantum Metal. Bermula hanya untuk menyimpan emas saja tapi bila ada peluang yang baik apa salahnya mencuba bidang baru menjadi Consultant Emas Quantum Metal.

Mula melangkah 1 anak tangga sebagai Introducer Quantum Metal. Tahun 2024 megharapkan pencapaian yang lebih tinggi sebagai Dealer pulak jika diizinkan Allah. Kita hanya berusaha dan merancang.

Tahun 2023 juga Cie memilih untuk berhenti seketika dari berbisnes. Tapi masih menjadi ahli, masih mengamalkan pengambilan suplemen cuma bukan pengedar yang aktif sahaja.

SELAMAT TAHUN BARU 2024

Tahun 2024 meilih untuk tenang-tenang diusia 40 tahun. Belum banyak pencapaian yang berjaya dicapai lagi. Masih jauh perjalanan hidup yang perlu dilalui jika dipanjangkan usia.

Masa lalu penuh dengan liku-liku. Masa depan penuh dengan impian. Harapan tahun baru merupakan langkah untuk menyambut masa depan yang penuh dengan kejayaan dan kecemerlangan.

Jangan sesesali masa dahulu, jangan risaukan masa hadapan. Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Semoga diberi kesihatan yang baik, usia yang panjang, kebahagiaan rumahtagga berpanjangan, kejayaan buat anak-anak, semoga lebih banyak kenangan manis yang dikecapi, semoga dapat turunkan berat lagi 3kg, semoga cepat dapat kereta baru. Amiin

Goodbye 2023 full of sweet sour memories.

I'm READYYYYY FOR 2024


 

20 comments:

  1. Aamiin...
    Semoga tercapai segala azam dan impian.
    Selamat tahun baru 2024.

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baharu 2024!

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru! 🎉✨
    Tahun 2024 ni tahun Naga! 😆🐲

    ReplyDelete
  4. Aamin doanya ❣️ Selamat Tahun Baru 2024. Keep blogging Dan bersemangat mencapai Azam sendiri..hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tu la semoga sentiasa semangat blogging. hihih

      Delete
  5. Selamat Tahun Baru! Moga yang baik2 ajer untuk tahun 2024 ni.

    ReplyDelete
  6. Happy new year 2024 . Semoga segala azam tahun baru dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. Happy New yeaar kaaak 🎉🎉🎉. Aamiin untuk semua doa nya. Semoga memang 2024 jadi tahun yang baik dan penuh berkah juga rezeki untuk kita semua yaa 🤗

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baharu 2024. Terima kasih singgah di blog Mrs. A ;-)

    ReplyDelete
  9. Selamat Tahun Baru! Moga dapat mencapai segala goals dalam hidup

    ReplyDelete