Jual Kereta di Carsome - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 18 December 2023

Jual Kereta di Carsome

 Pengalaman Jual Kereta di Carsome

jual kereta di carsome

Ini merupakan pengalaman pertama Cie menggunakan khidmat Carsome untuk menjual kereta. Kereta Kenari sebelum ni terus trade in je. Kereta Kia Cerato ni kalau trade in harga sangat murah tu yang kami decide untuk jual kereta di Carsome je bila baca banyak review.

Jual Kereta di Carsome

Mula sekali kena booking appointment kat website Carsome. Boleh juga install apps kat Google Play untuk Android atau App Store untuk pengguna Apple. Boleh search Carsome yang terdekat dengan korang. Macam Cie tinggal di Lipis dan Carsome terdekat adalah di Temerloh.

jual kereta di carsome
Carsome Temerloh Pahang



Masa nak set appointment tu nanti akan ada details yang kita kena isi. Tarikh dan masa untuk inspection tu boleh juga kita set bila kita nak pergi. Kalau nak reschedule pun boleh kalau ada hal lain. Lepas kita set appointment tu akan ada team dari HQ Carsome akan call kita. Cie letak no hp suami jadinya mereka call suami untuk tanya beberapa soalan.

Bila dah set date tu kita kena bawa kereta, geran dan spare key. Masa inspection tu staf Carsome akan check semua benda. Sekeliling kereta la. Mereka akan ambil gambar setiap sudut kereta tu. Lepas tu mereka akan test drive area Carsome tu je. Lepas tu mereka akan letak harga.

Jual Kereta di Carsome
masa staf mereka inspection ni kita boleh duduk kat ruang menunggu



Masa mereka letak harga tu kita boleh pilih nak terima atau teruskan dengan bid. Kalau rasa berbaloi boleh terus ambil je. Tapi macam Cie hari tu husband decide nak masuk bid sebab harga mereka offer sangat rendah dengan alasan ada kesan accident.

Terkejut la kami laki bini ni bila masa accident. Insurance pun takde rekod pernah claim. Ada la staf tu tunjuk dalam bot kereta tu belah bawah dari spare tyre tu ada kesan welding. Rasanya tu memang dari kilang. Kami pakai 9 tahun pun tak penah la belek sampai bawah tu. Alasannya kesan welding sebelah kanan dan kiri tu berbeza. Masa tu husband dah panas. Takut la staf check tu saja nak main harga. Tu yang husband decide nak masuk bid.

Masuk bid tu kita boleh letak je harga berapa pun ikut yang kita rasa nak letak. Jangan ikut harga staf tu. Bid tu akan dibuka selama 24 jam kalau dah ada orang masuk bid kita terus kena approved. 

jual kereta di carsome
Masa Cie screenshot ni dah ada sorang masuk bid lebih rm200 je dari harga kami


Semua ni nanti Carsome akan uruskan bid. Dia akan masukkan gambar kereta dalam sistem. Tapi kita boleh pantau melalui akaun Carsome kita tu. Berapa orang view, berapa orang masuk bid. Bid Cie masa tu mereka buka hari Ahad so kurang la yang masuk bid. Ada sorang je dalam masa 24 ja tu. Yang masuk bid ni used car je. Kami hari tu lebih rm200 je dari harga kami letak. Nak taknak kena approved je kalu tak approved dah takde harga tu kena letak lagi murah dari harga kami bid mula-mula tu.

Pihak carsome yang approved bid kami tu so dia bagi tempoh seminggu dari tarikh approved tu untuk kami hantar kereta. Kami hantar inspection hari Sabtu, 4 November 2023. Hantar kereta untuk diserahkan kepada Carsome hari Jumaat 10 November 2023. Biasanya mereka bagi tempoh seminggu tu untuk kita uruskan pertukaran nombor pendaftaran dan urusan lain di JPJ.

Macam Cie sebelum masuk inspection 4 November 2023 tu kami dah siap-siap uruskan pertukaran no pendaftaran pada 3 November 2023 di JPJ Raub. Masih nak pakai no pendaftaran lama tu so gantikan nombor pendaftaran baru. Sebelum nak tukar nombor pendafaran pun dah buat inspection di Puspakom. Urusan Puspakom tu semua husband uruskan. Cie cuma pergi 3 November 2023 saja untuk thumb print tukar nombor pendaftaran.

Untuk charge masuk bid tu kalau bid berjaya kena tolak RM500 dari jumlah bid kita tu untuk handling fee. Katakan korang nak RM20000, letak bid RM20500. Supaya nanti korang dapat amount yang korang nak tu sebab dah tolak handling fee. Untuk harga kereta RM10,000 - RM49,900 je handling fee RM500. Kalau harga bawah 10k RM300 dan makin tinggi tengok harga. Ada tulis kat borang Service and Personal Data Consent Agreement yang kita sign masa nak masuk bid tu.

Hari hantar kereta tu jangan lupa bawa spare key dan keluarkan segala macam khazanah dari dalam kereta ye. Urusan nak serahkan kereta pun kejap je. Kami hantar hari Jumaat sempat la sampai sebelum jam 3. Duit akan masuk hari yang sama. Kena thumb print juga untuk urusan tukar nama dan perlu sign beberapa borang sebelum mereka masukkan duit.

Masa tengah makan selepas hantar kereta tengok-tengok duit dah masuk. Memang cepat jela urusannya.

jual kereta di carsome


Selesai urusan Jual Kereta di Carsome. Selesai 1 urusan. Nak tunggu new baby je coming soon. Hihihi

Jual Kereta di Carsome
babai Cik Kiah untuk 9 tahun 9 bulan yang terindah


1 comment:

  1. dulu Axia pun kitorg jual dekat carsome jugak...carsome letak harga reasonable..so, ok jelah...jnji lepas nk habiskan loan..hahaha..sebab masa tu baru pakai 5tahun lebih gitu lah..tp, tak nampak2 kereta nya...kuciwa, igtkn xd orang beli...sekali, membe up gambar dalam group, ke sarawak perginya...patot tak nampak...hihihi

    ReplyDelete