Takde pulak kenangan gambar masa tahun 2014 dulu tu. Dulu-dulu takdela nak buat content beria pun kan. Masa beli dulu dengan plate number CDK47. Husband yang uruskan plate number semua tu. Taktau la dia masuk bid harga berapa.
Masa berlalu lepas tu husband tukar pulak beli no plate lain RQ64 dan plate CDK47 tu jual. Akhir sekali sebelum jual 10 November 2023 hari tu tukar lagi kepada SJB3225 sebab nak pakai lagi number 64 tu.
Kalau ikutkan taknak jual pun. Kereta Kia Cerato 2014 ni pun dah habis bayar secara full settlement bulan Disember 2022. Lebih awal dari waktu sepatutnya sebab nak kurangkan komitmen hutang. Lega la bila dah jimat sikit.
Sejak September 2023 mula buat hal rosak. Masa tu tukar spare part almost RM800 jugak. Selepas tu setiap 2 minggu kembali rosak. Bila check je kena tukar barang lagi RM1500 dalam masa 2 bulan je.
Bincang dengan husband untuk let go je sebab nanti makin lama harga Kia cerato 2014 ni mesti akan makin drop. Sekarang pun service centre kia dah takde.
Tanya used car mostly nak ambil around 14k-17k je tahun 2023 ni. Tahun depan mesti lagi drop. Tu yang kami sepakat untuk let go je. Kami let go kat Carsome. Nanti next entry Cie share cara nak jual kereta kat Carsome tu.
Banyak jasa dan kenangan kereta ni. Drive Kia cerato 2014 memang best. Selesa bawak anak-anak dan seisi keluarga. Berat hati nak jual tapi terpaksa lepaskan. Semoga dia baik-baik saja dengan tuan baru.
Gambar akhir sebelum serahkan kepada Carsome 10 November 2023. Plate tukar dah SJB3225. Selamat berkhidmat kat tuan baru dan semoga baik-baik aje dengan tuan baru ye Cik Kiah (nama Kia cerato 2014 yang Cie letak. Hihi). Will be miss you always. Loveeee
Reels kat FB cecah berbelas ribu view dah. Hihi. REELS DI FACEBOOK
Cantik nombor RQ64 tu.. Okla kereta dah 9 tahun kalau meragam mmg kene let go walau syg.. Itulah nasib si kereta dan pemakai kereta..
ReplyDeleteye lagi pun market value kia memang jatuh sangat
Delete